Sunday 15 April 2012

Duit syiling tahun 1793 ini dilelong RM4.34 juta




ORLANDO, Amerika Syarikat (AS) – Satu keping duit syiling satu sen (RM0.03) pada tahun 1793 dilelong pada harga AS$1.38 juta (RM4.34 juta) pada satu lelongan di Florida.
Seorang kakitangan firma Heritage Auctions, James Halperin memberitahu kelmarin bahawa nama orang yang membelinya tidak didedahkan tetapi dia merupakan seorang pengumpul duit.
Duit tersebut dibuat di Mint di Philadelphia pada 1793 iaitu tahun pertama AS menghasilkan duitnya sendiri.
Salah seorang pemilik awal duit tersebut ialah seorang ahli perbankan dari Baltimore, Louis E. Eliasberg, Sr.
Eliasberg diberi nama jolokan raja duit syiling sebelum kematiannya pada 1976.
Dia menyimpan koleksi yang mengandungi sekurang-kurangnya satu keping contoh duit syiling yang telah dikeluarkan oleh kilang syiling AS, Unites States Mint. – AP
sumber: kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment