Monday 16 April 2012

Cara Kembalikan Rasa Cinta Yang Hilang

kembalikan rasa cintaBila kita sebut tentang cinta pasti ada yang suka dan ada yang tidak suka. Cinta antara 2 orang juga adakalanya panjang dan juga pendek. Panjang dan pendek di sini adalah saat mereka bercinta sebelum sampai pelamin.
Bagi yang bercinta dengan tempoh masa yang pendek sudah semestinya mereka sentiasa melalui hari yang begitu bahagia semasa bercinta, tidak ada pergaduhan besar, perselisihan faham dan macam-macam lagi yang boleh mengundang keretakan hubungan cinta itu. Tapi bagi mereka yang bercinta dalam tempoh masa yang panjang, sudah semestinya mereka akan melalui pelbagai suka duka bersama sebelum sampai ke pelamin.
Bercinta dalam tempoh masa yang panjang memerlukan kesabaran yang tinggi bagi memuaskan hati pasangan masing-masing tidak kira sama ada lelaki mahu pun wanita. Ada juga sesetengah wanita yang tidak tahan dengan bercinta terlalu lama ini dan sebaliknya. Jadi pihak lelaki/wanita haruslah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
Di sini aku ingin senaraikan perkara yang mungkin anda semua boleh lakukan sekiranya tiba-tiba hilangnya perasaan cinta itu terhadap pasangan masing-masing:
  1. Kenanglah kisah yang bahagia antara anda berdua.
  2. Renunglah gambar anda berdua supaya dapat mengingatkan kembali kisah yang bahagia.
  3. Fikirkanlah perngorbanan yang si dia lakukan.
  4. Berfikirlah semula sebelum membuat keputusan yang tidak betul.
  5. Berilah kesempatan kepada dia untuk menyatakan sesuatu kepada anda yang selama ini anda mungkin tidak tahu.
  6. Berdoalah kepada yang Maha Esa untuk di bukakan hati anda dan dia.
Inilah yang mungkin anda lakukan sekiranya anda berada pada situasi ini.

#dipetik dari cerita cinta
 

No comments:

Post a Comment