Monday 16 April 2012


bergaduh
Pertengkaran boleh menyebabkan ketidakpuasan hati bagi kedua-dua belah pihak dan menyebabkan hubungan semakin jauh.
Dalam setiap hubungan yang dibina pasti ada pasang dan surutnya. Ketika pasangnya sesuatu hubungan itu pasti setiap yang dilalui rasa sungguh indah sekali. Tetapi apabila surutnya sesuatu hubungan itu hanya yang sabar dan mempunyai hati yang kuat saja yang dapat melalui dengan tabah.
Jika salah seorang daripada pasangan anda membuat hal atau karenah yang tidak menyenangkan anda janganlah anda terus memarahinya kerana kita tak layak menghukum dia walaupun kita kekasih dia. Apakah anda akan lakukan?Sabar, biarkan, suka hati dia nak buat apa atau apa tindakan anda. Mungkin anda hanya boleh menasihati dia saja.
Bagi aku sendiri, tidak perlulah kita memarahi dia atau membuatkan dirinya begitu hina di depan kita. Cuba anda bayangkan jika anda dibuat sebegitu tidakkah anda akan merasa lebih tertekan. Dalam hal ini, anda harus bersabar dan sentiasa memaafkan dia walau apa pun dia telah buat kepada anda.
Ustazah aku pernah kata, setiap kesalahan yang kita lakukan sesama manusia, hanya manusia itu sendiri yang mampu memaafkan kita. Biasalah setiap manusia tidak lari daripada membuat kesilapan yang mana kesilapan yang dilakukan itu semuanya berpunca daripada hasutan syaitan. Tidakkah anda berasa sayang akan orang yang anda cintai jika anda tidak memaafkan dia? Fikirkanlah.
Akhir kata dari aku, memaafkan lebih baik daripada memarahi atau menghukum kerana apabila kita memaafkan kita tergolong dengan golongan orang yang sabar dan bersabar itu adalah sebahagian daripada iman.
p/s: Biar kita disakiti dan jangan kita menyakiti orang lain.=)

No comments:

Post a Comment