Monday 16 April 2012

Kenapa Perlu Rampas Cinta Orang Lain?

Cinta terlarang 

Satu perkara yang amat tidak disukai oleh ramai pihak, tak kisahlah sama ada lelaki atau perempuan. Sebab apa aku cakap macam ini sebab aku tak nak memihak mana-mana pihak dan aku tak nak menyakitkan mana-mana pihak.
Bila kita sebut tentang merampas cinta dari seseorang ini, ia adalah berkait rapat dengan hubungan dua insan yang sedang bercinta dan apabila cinta itu di ganggu oleh pihak yang satu lagi. Pasti ini sungguh menyakitkan jika si perampas berjaya merampas.
Mungkin ada di antara yang merampas itu akan berkata sedemikian “Korang bukan kahwin lagi pun”, “Dia bukan bini/laki kau lagi”, “Kau itu boyfriend/girlfriend je bukan laki/bini dia” dan macam-macam lagilah. Tapi pernah ke mereka ini fikir yang apa yang mereka buat ini mungkin suatu hari nanti jadi kepada mereka sendiri dan bila sudah terkena batang hidung sendiri barulah nak tersedar tapi mereka ini pernah sedar ke??
Tapi apa yang dapat aku simpulkan disini ialah sebelum mereka ini nak merampas cinta orang lain, lebih baik mereka ini fikir dulu apa yang akan terjadi sekiranya perkara ini terjadi pada diri mereka sendiri.
Dan pesanan aku disini, jagalah hubungan orang lain sebelum hendak orang lain menjaga hubungan anda nanti. Apa yang penting adalah sikap hormat terhadap hubungan orang lain yang telah terbina dan janganlah sesekali menghancurkannya.=)

No comments:

Post a Comment