Monday 16 April 2012

Futsal Ada Unsur Perjudian??

gelanggangJangan terkejut dengan tajuk yang dipaparkan kerana itu hanyalah persoalan yang timbul. Memang benar bermain futsal juga boleh menjerumus kita ke kancah perjudian kerana ada segelintir remaja yang bertaruh dengan meletakkan syarat dalam permainan iaitu “Siapa Kalah Dia Bayar”.
Aku ada membaca satu artikel dari Hmetro dan aku tertarik untuk mengulas sedikit daripada apa yang di perkatakan. Bagi aku bukan futsal saja yang kadang-kadang segelintir remaja ini bertaruh sedemikian, malah ada lagi sukan yang membuatkan mereka seperti keadaan di atas.
Biasanya sukan yang berunsur “Siapa Kalah Dia Bayar” adalah dari jenis sukan yang mana gelanggang sukan itu perlu di sewa untuk bermain. Sebagai contoh, Futsal, Badminton, Snooker, Bowling, dan lain-lain acara sukan yang menggunakan gelanggang.
bola
 futsalBerikut adalah petikan daripada Hmetro.
KUALA LUMPUR: “Niat bertaruh futsal, ‘siapa kalah dia bayar’ adalah haram di sisi agama Islam kerana ia ibarat satu perjudian,” kata penceramah bebas, Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz mengulas sikap remaja masa kini yang gemar menjadikan sukan futsal sebagai aktiviti perjudian mereka.
Kata Hassan, sukan futsal yang pada awalnya bermanfaat kerana menyihatkan badan namun sikap segelintir remaja yang gemar bertaruh futsal ‘siapa kalah dia bayar’ menyebabkan jatuhnya hukum haram dan berdosa.
Menurutnya, jika sesuatu permainan itu membabitkan pertaruhan ia salah di sisi agama kerana ia mengandungi unsur perjudian namun jika pemenangnya diberikan hadiah yang ditaja pihak penganjur ia diharuskan.
“Begitu juga dengan program Imam Muda, pemenangnya akan menerima hadiah kemenangan yang ditaja manakala yang kalah pula tidak kerugian apa-apa kerana tidak bertaruh atau membayar sejumlah wang untuk menyertai.
“Hari ini kita melihat ramai anak muda gemar bertaruh futsal, yang kalah terpaksa membayar sejumlah wang, yang menang bergembira, maka jatuh hukumnya haram dan berdosa,” katanya.
Katanya, pihak berwajib iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) harus memantau perkara itu bagi memastikan masalah terbabit tidak berleluasa di kalangan anak muda.
Aku harap kita sentiasalah beringat supaya kita tidak terjerumus ke dalam arena perjudian ini yang mana pada awalnya adalah satu sukan yang baik untuk kesihatan.

No comments:

Post a Comment