Sunday 22 April 2012

5 Spesis Baru Serangga Tercantik Ditemui



Serangga Cantik Antara Spesies Baru Ditemui


The Peacock Katydid (Pterochroza ocellata) ditemui (semula) di Pergunungan Guyana's Acarai pada tahun 2006. Ia sebelum ini belum diketahui akan kewujudannya. Apa yang uniknya serangga ini ialah ia mempunyai dua cara mempertahankan diri. Pertama ialah dengan menyamar sebagai daun, dan seandainya cara pertama tidak berjaya, ia akan melompat atas ke bawah dengan sayap terbuka agar nampak seperti seekor burung sedang menyerang. Ada bentuk mata di sayap serangga ini.


Haiwan ini bukan sebarang haiwan dalam dunia araknida (serangga banyak kaki). Ia adalah Atewa Dinospider(Ricinoides atewa) – ia dikatakan labah-labah prasejarah yang ditemui pada tahun 2006 semasa satu ekspedisi ke Hutan Simpan Ghana’s Atewa Range


Nama serangga ni cukup panjang - The Conservation International (CI) Blattodean (Simandoa conserfariam). Dinamakan sempena Conservation International, kumbang ini hanya boleh didapati di sebuah gua di Hutan Simpan Guinea's Simandou, ianya telah ditemui pada tahun 2002. Apa yang uniknya ialah ia memakan najis kelawar gergasi yang memakan buah-buahan. Oleh kerana itulah, ia dianggap sebagai satu aset penting dalam ekosistem gua kerana menutrienkan tanah dengan penguraian najis kelawar


inilah spesies baru semut - Fish-hook Ant. Lihat saja bentuk fizikalnya, dari situlah semut ini mendapat namanya. Spesies serangga ini ditemui di Virachey National Park, Cambodia, pada tahun 2007. Terdapat bentuk seperti cangkuk di belakang badan semut ini, atau lebih nampak seperti matakail. Matakail pada badan semut ini digunakan untuk bersangkut-sangkutan sesama semut apabila diserang oleh pemangsa. Ini menjadikan ia membentuk satu pasukan semut yang besar


Satu lagi spesies semut yang menarik. Dinamakan Strumigenys Tigris, ditemui semasa satu ekspedisi ke PNG Muller Range, pada Septembar 2009. Ia serangga kecil dengan hanya panjang 2 mm. Ia kecik-kecik cili padi ni ... kerana kebolehan menyerang dengan ganas akan pemangsa dan mangsa. Ia sentiasa membuka mulut apabila merayap dan merayau, dalam operasi nak mencari mangsa.

No comments:

Post a Comment