Friday 30 November 2012

Ibu Paling Cantik/Menawan Jepun Tampil Tanpa Solekan (12 Gambar)

Ibu Paling Cantik/Menawan Jepun Tampil Tanpa Solekan.
Mesti ramai yang tak percaya wanita ini, Mizutani Masako telah berusia 44 tahun kerana dia masih kelihatan seperti pada usia 20-an. Dia mempunyai dua orang anak dan menjadi sensasi internet selepas dia muat naik videonya meluangkan lima jam sehari untuk penjagaan kulit supaya kelihatan seperti 20 tahun.

#Gambar 1, 2 dan 3 sahaja tanpa ada solekan di muka.











Ferrari Warga Singapura Kemalangan Di Karak (2 Gambar)

Kejadian ini dilaporkan berlaku petang semalam di lebuh raya Karak. Sebuah kereta Ferrari bernombor pendaftaran Singapura telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan.Kereta itu adalah satu daripada konvoi kereta Ferrari yang melalui lebuhraya Karak pada waktu itu. Jalan licin akibat hujan dikatakan punca kejadian.

#Puih! Cakap la takda skill memandu, nak salahkan cuaca konon.


Akhirnya Palestin Diiktiraf Sebagai Sebuah Negara Oleh PBB (Gambar)

Beribu-ribu orang meraikan kejayaan apabila Palestin memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara selepas penantian selama 65 tahun. Sebelum ini, taraf negara Palestin ialah "non-member observer entity". Setelah memenangi undi di PBB, akhirnya Palestin dinaik taraf menjadi "non-member observer state"

Generasi muda Palestin pastinya akan mengingati tarikh penting berkenaan iaitu 29 November 2012. Kejayaan itu menjadi kenyataan biarpun sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat meningkatkan kempen agresif untuk menggagalkan undian Perhimpunan Agung.

Sebahagian besar perwakilan PBB mengundi mengiktiraf negara Palestin, satu kemenangan yang lama dicari rakyat Palestin dan merupakan kekalahan diplomatik memalukan bagi Amerika Syarikat. Sebelum ini, Palestin menolak cadangan supaya sebuah negara Yahudi dan Arab ditubuhkan selepas penjajahan British ke atas Palestin berakhir.


Cara Penunjuk Perasaan Melindungi Diri di Egypt (12 Photos)

Memang sadis mereka yang di tengah-tengah perang terutamanya mereka yang hanya ingin menuntut hak mereka. Untuk selamat, mereka perlu menggunakan pelbagai cara untuk lindungi diri daripada terhidu lebih gas serta terkena peluru oleh seringkali dilepaskan ke arah penunjuk perasaan ini. 


#This is EGYPT! not malaysia!










UNTUNGLAH ADA SUGAR DADDY KAYA

Seorang gadis di China menunjukkan hadiah hari lahir beliau yang ke-21di laman sosial Weibo. Hadiah yang diterima beliau dari bapa gla-gulanya memang unik dan at the same time sangat menjengkelkan. Tapi kami yakin kesemua gold digger di Malaysia pastinya mahukan bapa gula-gula seperti yang dimiliki gadis ini. Untunglah sugar daddy kaya!

Gadis ini menerima sepersalinan baju yang diperbuat dari wang bernilai Yuan 200 000 (RM 98 000). Gambar ini dipaparkan pada laman Weibo beliau dan akibatnya beliau ditempelak sebagai wanita tak malu kerana ada bapa gula-gula dan menunjuk-nunjuk!



Laporan asal Beijing Cream

Ayuni Buang Kerakyatan Malaysia Kerana K-Pop (4 Gambar)

Nama Ayuni ni tengah femes skarang... Kenapa dia marah sangat? Kenapa dia tukar kerakyatan? Sebabnya ialah, ada boy band K-Pop yang perform kat Shout Awards baru2 ni kt Sunway, kene Boo n kene lempar sampah.. So, K-pop fans pun marahlah.. even cameraman pun ken bash... Jadi, Ayuni pun buatlah entry kat bawah ni...






Kisah Sang Kancil dan Dua Ekor Harimau Bintang (4 Photos)

Pandai juga harimau bintang ini menipu si sang kancil ini.Harimau ini cuba berkawan dengan sang kancil ini. Pada mulanya hanya kawan tetapi pada penghujungnya adalah lawan.



asiantown

Wednesday 5 September 2012

Buli?



      Perkara nie berlaku pada 2/9/12... Hari berlalu seperti biasa di asrama.. Bangun pagi solat subuh baca Al-Quran pastu g sarapan... Pukul 6:30 siap2 g kola but g morningcall smpai kol 2:30.. n g program pastu g smbayang asar.. Then riadah sekejap.. Setelah siap beriadah g makan kan Dewan Selera(DS)..

      Tp hari nie laen sikit sedang kami duduk melepakk seketika.. Datang pelajar form 1 kat kami .. Then dia citer cam nie " Assalamualaikum bang.. bang hp saye kne curi laa.. tolong carikan sape yg curi hp tu.."
then kami balas ok jelah..
   
      Malam tu budak tu dtg lagi kat kiterang ckp die dah jumpe dak yg curi hp die.. pastu kiterang suroh die citer cmne leh tau budak tu yg curi fon dia,.. Pastu dak tu pon citer " mlm tu budak bernama Ahmad(bukan nme sebenar) datng kat bdk yg hlang hp n tnye ap no pin hp dia"??? dye ditanye oleh si hilang hp ko ke yg curi hp aq??.. then die boleh tuduh watashi(bukan nma sebenar)w ygn  curi.. but we all know watashi x pernah mencuri..
This is the biggest mistake that the thief have been done.. tnye ap no pin..

     Budak tu dah jdi suspek utama dlm kes nie... mlm tu kami anta beberapa org budak untok pecahkan lokar yg x berkualiti tu.. stakat tarik kuat sikit je dh terbuka.. What he lost he found... in loker ahmad..
HAHAHA.. dah x syak lagi budak nie yg curi hp...

     Kol 12 mlm tpat kmi jumpe Ahmad then soal seperti biasa mcm kes kecurian yg lain... 1st soal cara baek.. tanye je.. Dye x mengaku.. ok fine... kiterang ad cara lebih berkesan n cara yg sama polis pakai..
kami saikologi.. ermmm masih x nk mengaku.. cara polis lagi kami pakai.. kami tampar(but polis pukul) kata abng aq la.. then  jeng jeng jeng dah mengaku.. ap lagi ahmad pun dipukul beberapa kali.. then kiterang tnye dah settle? die jawab dah.. kiterang pon mnx maaf la sbb dah pukul die(aq tmpar je)..
# Nabi Muhammad pon pernah bersabda" jika kamu melihat kemungkaran hendaklah kamu mencegah nya menggunakan kuasa(tangan), jika tidak mampu gunakan la lidah, jika tidak mampu juga gunakan lah hati, sesungguhnya hati adalah selemah-lemah iman#

    Mlm tu ko, 1:30 cigu Kherman(guru paling garang la katenya) datang then die panggil budak gangster yg pukul ahmad td..
#persoaln yg terdapat disini.. td kata dah settle???... ad budak laen yg report.. budak nie dah merumitkan lagi keadaan.. bende dah settle die boleh bangkit kan lagi #


SOO DALAM HAL NIE KAMI MEMBULI KE? OR MENEGEKKAN KEADILAN??? PERSOALAN YG MUNCUL DLM SETIAP ORANG.. MENGIKUT ISLAM BUDAK TU PATUTNYE DIHUKUM HUDUD JEE...BUT WE CAN'T DO THAT.. U CA JUDGE IT..


Friday 20 July 2012

Kelebihan Setiap Hari Di Bulan Ramadhan.. =)


Salam Ramadhan Al- Mubarak buat semua Umat Islam..sekarang kita telah memasuki bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan..Sekarang ni la mase yang paling sesuai untuk kita berubah dan memperbanyak amalan kita..terdapat banyak kelebihan di bulan yang mulia ni..





Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ' bersenang-senang atau duduk istirehat '. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan.



Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang
bermaksud:


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ' Barangsiapa
yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan
diampuni Allah dosanya yang telah lalu '.



Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya yang lain maksudnya:


'Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti diadilahirkan oleh ibunya' .



Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab 'orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:




Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.

Malam kedua
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketiga
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.

Malam keempat
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenam
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapatmengalahkan Fir'aun dan Haman.

Malam kelapan
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilan
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

Malam kesepuluh
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam kesebelas
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belas
Muka bercahaya di hari Kiamat.

Malam ketiga belas
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.

Malam keempat belas
Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam kelima belas
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.

Malam keenam belas
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam ketujuh belas
Diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas
Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.

Malam kesembilan belas
Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

Malam kedua puluh
Diberi pahala para syuhada dan solihin.

Malam dua puluh satu
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam ke dua puluh dua
Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tiga
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima
Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enam
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan
Allah mengangkat dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilan
Seperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh
Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.



Hebatnya ganjaran yang ALLAH bagi kepada kita andainya puasa kita setiap hari di bulan RAMADHAN, DITERIMA oleh ALLAH SWT.

Sesungguhnya kita berpuasa dengan penuh ketakwaan (yakni ketakutan) kepada ALLAH akan mendapat ganjaran yang tidak ternilai...insyaALLAH!

Tapi jika kita berpuasa tanpa takwa kepada ALLAH, dikhuatiri puasa kita itu akan menjadi SIA-SIA sahaja...

Friday 8 June 2012

You Got Served(movie)

2012[MYR][USD][KRW]: YGS11: -Terus Menyokong kami Dengan Hanya Click Pada Banner Iklan Sahaja- Three dance crews prepare to do battle at the international Beat the W...

Monday 28 May 2012

Mulianya Akhlak Rasulullah S.A.W


Al-Qalam [4] Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlakyang amat mulia.
Daripada Anas berkata: “ Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara kemuliaanku di sisi Allah bahawa aku dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan dan tidak seorang pun melihat auratku.” (Riwayat Ibnu Asaakir).
Nabi Muhammad SAW juga bangkit dengan kain kafan yang dipakai semasa wafat Baginda. Baginda tidak pernah bertelanjang semasa hidupnya. Adat tradisi Arab Jahiliyyah kanak-kanak yang berusia 7 tahun akan dipaksa tawaf secara telanjang. Namun Baginda Mulia telah ditakdirkan pengsan setiap kali dibawa untuk tawaf yang akhirnya terlepaslah Baginda dari adat ini.
Rasulullah SAW mandi bersama isterinya Aisyah RA dengan memakai kain basahan. Aisyah RA berkata :”Aku tidak pernah memandang kemaluan Rasulullah SAW.” Atau ia berkata :”Sekali-kali aku tidak pernah melihat kemaluan Rasulullah SAW.” Bahkan Rasulullah SAW sendiri menyebut “Ghufronaka” (Aku meminta keampunanmu) setelah keluar dari tandas, mungkin Baginda SAW memohon ampun kerana terpaksa membuka auratnya ketika hendak qada hajat atau membuang air. .
Isteri Rasulullah SAW, Aisyah pernah berkata: Maksudnya: Sesungguhnya akhlak Nabi ALLAH SAW adalah Al Quran. Berakhlaklah dengan akhlak Nabi iaitu akhlak AlQuran. Nabi mengamalkan setiap perkara dan akhlak baik yang disebut dalam AlQuran.
Dalam kehidupan rumah tangga Rasulullah s.a.w, baginda telah meninggalkan contoh teladan kepada kita betapa baginda berbuat baik kepada keluarganya. Dalam sebuah hadis, baginda telah bersabda, yang bermaksud: “Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang paling baik dengan keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (Hadis riwayat Tabrani)
Bahkan Baginda turut membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah dan selalu membuat sendiri sesuatu kerja seperti menjahit pakaiannya tanpa menyuruh isteri Baginda.  Sunnah “layan diri” atau Do IT Yourself (DIY) ini turut diamalkan oleh masyarakat Barat walaupun mereka bukan beragama Islam.
Sebagai pemimpin, samada kepada rakyat atau keluarga, Rasulullah s.a.w. tidak pernah bercakap kasar, tidak bersikap bengis, tidak marah-marah, tidak menengking atau memalukan mereka yang berada di bawah pimpinannya. Sewajarnyalah kita mencontohi sikap Baginda Mulia dalam hal ini, kerana nilai akhlak mulia Baginda adalah cukup tinggi.
Anas Bin Malik r.a. telah berkhidmat selama 10 tahun kepada Rasulullah s.a.w. semenjak beliau masih kecil lagi. Sepanjang perkhidmatannya, Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengatakan ‘salah’ terhadap kesalahan yang Anas lakukan, sebaliknya Baginda  memberi tunjuk cara dengan menunjukkan contoh perbuatan yang betul bagi membetulkan kesilapan Anas itu, inilah cara Baginda Mulia s.a.w.
Dikisahkan oleh Anas bin Malik r.a. bahawa ketika Nabi pertama kali masuk ke kota Madinah, Baginda tidak memiliki pembantu. Lalu Abu Talhah memegang tanganku dan mengajak aku pergi ke hadapan Nabi dan berkata: “Wahai Nabiyullah, sesungguhnya Anas adalah anak yang cerdas, mohon jadikan dia sebagai pembantumu.” Maka aku pun membantu Rasulullah s.a.w. ketika bermusafir dan juga ketika di Madinah sehinggalah Rasulullah wafat. Selama aku membantu Nabi, Baginda tidak pernah berkata, “mengapa kamu melakukan ini?” untuk apa yang aku lakukan atau “mengapa kamu tinggalkan ini?” untuk apa yang tidak aku lakukan, [Riwayat Bukhari]. 
Anas bin Malik r.a juga menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling baik akhlaknya, paling lapang dadanya dan paling besar kasih sayangnya. Suatu hari Baginda menghantarku untuk suatu keperluan, lalu aku berangkat, tetapi aku menuju kepada anak-anak yang sedang bermain di pasar dan bukannya melaksanakan tugas Rasul itu, aku ingin bermain bersama mereka, aku tidak pergi menunaikan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah. Beberapa ketika setelah berada di tengah-tengah anak-anak itu, aku merasa seseorang berdiri di belakangku dan memegang bajuku. Aku menoleh, ternyata dia adalah Rasulullah s.a.w, dengan tersenyum dia berkata, “Wahai Anas kecil, apakah kamu telah pergi seperti yang aku perintahkan?” Maka aku pun menjawab, “Ya, sekarang aku berangkat, Rasulullah.

Kelopak mata bergerak-gerak part2

Tentu anda masih ingat lagi entry Kelopak mata bergerak-gerak. Kalau anda tak ingat terlupa, bolehlah cuba baca entry terdahulu.

Sebenarnya, entry itu merupakan entry yang agak popular cariannya di Mr Google. Dan di Laman-Seri sahaja, entry itu mendapat 671 hits, sehingga hari ini. Tak sangka, ramai sungguh yang mengalami masalah kelopak mata bergerak-gerak.

Penyakit kelopak mata kiri sebelah atas bergerak-gerak yang saya hadapi tempohari sudah sembuh. Alhamdulillah, situasi merimaskan itu sudah berakhir. Apa petua untuk menghentikannnya? Hemmm... saya tak buat apa-apapun, melainkan cuba buat-buat tak tahu.

Walau bagaimanapun, saya perasan, setiap kali kelopak mata kiri saya bergerak-gerak, dua atau tiga hari selepas itu, ia akan berhenti dengan sendiri. Tidak berapa lama selepas itu, saya dapat tahu, ada sesuatu yang tidak baik berlaku. Contohnya : Barang milik peribadi saya dicerobohi! Cukuplah sekadar memberi satu contoh.

Mungkin yang berlaku itu satu kebetulan, tetapi tidak mustahil juga ia sebenarnya satu 'alamat' yang Allah maha Mengetahui titipkan 'amaran' kepada saya, supaya saya berjaga-jaga atau berwaspada. Jadi, tiap kali kelopak mata kiri saya bergerak-gerak, apa yang boleh saya usahakan ialah istighfar banyak-banyak, memohon keampunan dari-Nya.

Kelopak mata bergerak-gerak Part1


Pergerakannya yang datang tidak menentu dan di luar kawalan amat mengganggu dan sesungguhnya merimaskan saya. Saya masih ingat masa kecil-kecil saya pernah mengadu mata saya bergerak-gerak dan mak pernah beritahu, ada beberapa tanda/alamat/petunjuk jika mata kita bergerak-gerak. Antara kata-katanya yang masih saya ingat :
  1. Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik

  2. Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira

  3. Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita

  4. Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)
Apapun alamatnya, saya rasa cukup rimas dan terganggu, menyebabkan saya mencari kaedah bagaimana hendak menghentikan pergerakan ini. Menurut sumber yang saya jumpa di internet, katanya urutan di kelopak mata dengan perlahan mampu mengurangkan pergerakan tidak terkawal dan kata sumber itu lagi, keadaan otot di kelopak mata bergerak dengan sendiri (involuntary twitching of the eyelid) kerana keadaan letih atau stress.

Semoga mata saya cepat sembuh. Di bawah saya sertakan rahsia pergerakan anggota badan yang menarik untuk dikongsi bersama.
Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yang pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatian dan juga melalui pengalaman yang mereka lalui. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yang berhubung kait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.
  1. Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan

  2. Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan

  3. Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh

  4. Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis

  5. Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh

  6. Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan

  7. Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta

  8. Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati

  9. Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut

  10. Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan

  11. Bibir bawah bergerak = akan menangis

  12. Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik

  13. Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.

  14. Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang

  15. Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan

  16. Telinga bergerak-gerak = berkelahi

  17. Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita

  18. Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran

  19. Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang

  20. Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua

  21. Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala

  22. Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta

  23. Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata

  24. Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia
Hah... kalau pipi kiri korang tak pernah bergerak-gerak, maknanya korang tak bahagialah... huk... huk... huk....


Peristiwa-peristiwa aneh sebelum kewafatan Rasulullah SAW

Assalamualaikum warahmatullah,

Terdapat beberapa peristiwa atau kisah aneh dan pelik yang terjadi dalam kehidupan Rasulullah SAW sebelum kewafatan Baginda, sebelum pendedahan terhadap mereka yang berminat untuk mengetahui hal-hal aneh dan pelik, di samping untuk memantapkan keyakinan kepada Rasulullah SAW sebagai Nabi dan Rasul.

Rasulullah SAW bukanlah seorang manusia biasa tetapi manusia luar biasa yang wajib kita agungkan. Hal ini kerana, sudah menjadi fitrah semulajadi manusia, akan mengagungkan tokoh yang mempunyai kelebihan luar biasa. Allah SWT memberikan mukjizat, iaitu perkara luar biasa kepada para nabi dan rasul-Nya, termasuk khususnya kepada Rasulullah SAW sebagai membuktikan kebenaran kenabian dan kerasulan insan yang diutuskan-nya untuk umat sejagat ini.

Terdapat lapan peristiwa aneh sebelum kewafatan Rasulullah SAW. Peristiwa tersebut adalah seperti berikut:

❀ Rasulullah SAW mengajar cara solat jenazah

Antara peristiwa pelik sebelum kewafatannya adalah Baginda mengajar cara-cara mengkafan dan solat jenazah. Peristiwa itu berlaku ketika Rasulullah SAW berada di rumah Aisyah r.ha., Baginda memanggil para sahabat supaya berkumpul dan Baginda memeswan sesuatu serta mengajar cara mengkafakan jenazahnya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Selamat datang kamu semua, semoga Allah SWT mengasihi kamu semua. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua telah dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah SWT. Kalau telah sampai ajalku, maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong kedua-duanya.

Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, hedaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku di dalam rumah ini. Kemudian, kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku.

Pertama yang akan berselawat ke atasku ialah Allah SWT, kemudian yang akan solatkan aku ialah Jibrail a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil a.s., malakikat Mikail a.s. dan terakhir sekali malaikat Izrail a.s. beserta dengan para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok untuk solat atasku.”

❀ Pesanan terakhir kepada para sahabat

Perkara pelik yang lain, iaitu pesanan terakhir Rasulullah SAW kepada para sahabat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ðengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua ‘dua penasihat’ yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit timbul antara kamu, hendaklah kamu semua kembali kepada al-Quran dan hadisku. Sekiranya hati kamu itu keras, maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran daripada maut.”

❀ Rasulullah SAW meminta Abu Bakar menjadi Imam

Semasa Baginda SAW sakit, Baginda tidak mampu untuk keluar bersembahyang bersama-sama orang ramai, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Suruhlah Abu bakar untuk mengimami sembahyang.” Baginda telah menyuruh Abu Bakar menjadi imam menggantikan tempatnya. Ðengan itu Rasulullah SAW meredai Abu Bakar sebagai khalifahnya (penggantinya) ketika Rasulullah SAW masih hidup. Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada mulanya Abu Bakar sendiri menyatakan kurang senang dengan suruhan itu. Aisyah telah menerangkan kepada Baginda SAW bahawa ayahnya tidak sihat, mudah sahaja jatuh sakit dan suaranya lemah. Apabila membaca ayat-ayat al-Quraqn, beliau cepat beremosi, mengenang dan mencurah-curah air matanya. Apa pula tanggapan Jemaah lain apabila melihat Abu Bakar menjuadi imam sedangkan Rasulullah SAW masih ada.

Tetapi Rasulullah SAW telah menolak alasan-alasan ini. Abu Bakar menjadi imam sebanyak 17 kali semasa Rasulullah SAW sakit kali terakhir.

❀ Rasulullah SAW dipapah ke masjid

Semasa Baginda SAW sakit teruk, Rasulullah SAW memanggil Ali dan Fadl bin Abbas r.a., lalu Rasulullah SAW bersandar kepada kedua-dua mereka dan terus Baginda dipapah pergi ke masjid. Setelah Rasulullah SAW sampai di masjid, maka Rasulullah SAW pun bersolat subuh bersama-sama dengan para Jemaah.

❀ Pemergiannya, sengaja dibayang-bayangkan

Pemergian Rasulullah SAW sering dibayangkan. Semasa Baginda menyampaikan perutusan di atas Gunung Arafah semasa mengerjakan Haji Wada’, Baginda berkata bahawa mereka tidak akan berjumpa lagi selepas tahun itu. Semasa menyempurnakan pengebumian pejuang yang gugur di peperangan Uhud, Baginda telah membaca surah al-Fatihah dan talkin. Ðalam talkin itu, Baginda telah berkata yang bermaksud, “Saya akan mengikuti saudara tidak lama lagi.”

Ði Jaunt al-Banuqui, Baginda secara terang-terangan menyatakan masa baginya semakin dekat. Beberapa hari sebelum Baginda wafat, dalam satu perhimpunan terakhir baginya, Baginda memberi nasihat-nasihat tertentu kepada pengikut-pengikut Baginda ketika itu.

❀ Sakit yang membawa maut

Pada bulan Jun tahun 623M, sakit Rasulullah SAW semakin teruk. Baginda telah pergi melawat satu kematian, apabila pulang daripada menziarahinya, Baginda semakin tenat. Kemudian, para sahabat bertanyakan keadaan baginda, lalu Baginda SAW bersabda yang bermaksud, “Nabi-nabi sememangnya menanggung kesakitan yang lebih teruk daripada orang lain, itulah satu sebab kenapa mereka menerima ganjaran Tuhan yang lebih tinggi.” Sakit yang terakhir ini berlarutan selama 13 atau 14 hari.

Pada 11 hari pertama, Rasulullah SAW masih lagi pergi menunaikan solat di Masjid Nabawiah. Pada suatu ketika dalam lima hari terakhir, semasa Rasulullah SAW sakit teruk dan demam, Rasulullah SAW meminta diambilkan air sejuk untuk mandi. Air sebanyak tujuh buah baldi itu hendaklah diambil dari telaga yang berasingan di Madinah.

Selepas madi, panas badan yang dirasai semakin reda dan Rasulullah SAW berasa sedikit lega. Selepas itu, Rasulullah SAW bagin lalu pergi ke masjid dan berucap kepada jemaah yang hadir. Katanya dengan tegas, “Setelah aku mati, jangan sekali-kali aku dipuja dan jangan sekali-kali perkuburanku dijadikan satu tempat pemujaan dan penyembahan.”

Selepas pulang daripada menyampaikan kata-kata tersebut, Rasulullah SAW tenah semula. Tubuh badan Rasulullah SAW semakin lesu dan wajah Rasulullah SAW semakin pucat. Rasulullah SAW berbaring dan tidak sedarkan diri. Kebetulan pada waktu itu ada seorang Muslim pulang dari Abyssinia dan membawa ubat. Lalu Sayidina Ali mengambil ubat tersebut dan memasukkan sedikit ke dalam mulut Baginda. Setelah Rasulullah SAW sedar, Baginda menyatakan Baginda tidak suka diberi ubat tanpa izin Baginda. Sebagai hukuman, semua yang hadir disuruh minum sedikit ubat tersebut.

❀ Khutbah Rasulullah SAW semasa Baginda sakit

Semasa sakit, Rasulullah SAW masih mampu memberi khutbah. Antara khutbah yang diberikan oleh Baginda SAW ialah (yang bermaksud), “Sesungguhnya sudah dekat pemergianku daripada kamu semua, sesiapa yang pernah aku rotan belakangnya, ini belakangku. Sila balas kepadaku. Sesiapa yang pernah aku hina, ini diriku. Silalah dia membalasnya. Sesiapa yang pernah aku ambil hartanya, ini hartaku. Silalah dia ambil kembali dan janganlah takut kemarahan daripadaku kerana itu bukan akhlakku. Sesungguhnya orang yang paling aku sukai dalam kalangan kamu ialah orang yang mengambil haknya daripada aku sekiranya dia mempunyai hak itu.”

Selepas itu, seorang sahabat bangun dan menyebut dia mempunai tiga dinar daripada harta Rasulullah SAW. Baginda meminta Qusam memberikan tiga dinar kepada sahabat itu. Selepas itu, dia bertanya kepada sahabat itu, “Mengapa kamu minta, sedangkan ini Rasulullah?” Sahabat itu berkata, “Aku mahu menjadi orang yang paling dikasihi oleh Muhammad.” Rasulullah SAW mengulangi lagi pertanyaannya, tetapi tiada seorang pun yang bangun. Rasulullah SAW berkata, “Kalau begitu halalkan kepada aku untuk berjumpa dengan Tuhanku dalam keadaan hatiku tenang. Ðengan kamu menghalalkan kepada aku pun aku rasa belum selamat.”

Kemudian, Rasulullah SAW berkata, “Sesungguhnya seorang hamba diberi pilihan untuk diserahkan kepadanya segala kekayaan dunia semuanya kekal di dunia kemudian dia masuk syurga.” Rasulullah SAW memilih bertemu dengan Tuhannya dan masuk syurga.

Apabila mendengar ucapan itu, Abu Bakar menangis teresak-esak. Beliau berkata, “Bahkan kamilah yang menebus kamu dengan diri kami dan anak-anak kami, wahai Muhammad.” Ðaripada kata-kata Muhammad, Sayidina Abu Bakar dapat memahami hamba yang Muhammad sebutkan itu adalah diri Baginda sendiri.

❀ Pesanan akhir, ciuman akhir

Pada hari kahir hayat Rasulullah SAW, Baginda menyuruh langsir pintu dikuakkan supaya Baginda dapat memandang ke masjid di hadapan. Baginda gembira menyaksikan Abu bakar mengimamkan sembahyang. Badannya segar sedikit setelah tidur pada malam sebelumnya. Air mukanya cerah. Lalu Rasulullah SAW bangun dan pergi ke masjid dengan dipapah oleh Abbas dan Ali.

Apabila kembali dari masjid, sakit Rasulullah SAW semakin bertambah. Baginda berbaring di atas pangkuan Aisyah. Baginda menyuruh Aisyah memanggil anaknya Fatimah, lalu berkata, “Aku akan pergi sebentar lagi. Engkaulah ahli keluarga yang pertama menemui aku di syurga.”

Setelah Rasulullah SAW semakin tenat, Baginda memberi arahan berdoalah, doalah. Sebelum Baginda nazak, Rasulullah SAW berkata, “Semoga Allah memusnahkan sesiapa yang menjadikan kubur nabi-nabi pemusatan sembahyang. Janganlah hendaknya terdapat dua agama (Yahudi dan Kristian) di bumi Semenanjung Arab.

Rasulullah SAW wafat dalam pangkuan Aisyah. Baginda wafat pada sebelah petang, hari Isnin 1 Rabiulawal, insan yang paling pengasih pernah lahir di bumi ini.

Mencintai Rasulullah SAW

Namun begitu, tidak terdapat riwayat-riwayat yang jelas menceritakan tentang peristiwa-peristiwa aneh yang berlaku di saat-saat kewafatan Rasulullah SAW. Ia sedikit berbeza dengan peristiwa yang berlaku pada saat kelahiran Baginda.

Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku pada saat-saat kewafatan Baginda, Rasulullah SAW lebih banyak memberi wasiat dan peringatan kepada umatnya, sehinggakan terdapat satu riwayat yang menceritakan, di saat-saat kewafatan Baginda, Rasulullah SAW menyebut “ummati-ummati”.

Perkata ini jelas berdasarkan kata-kata Ali bin Abi Talib r.a., “Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir, telah menggerakkan kedua-dua bibir Baginda sebanyak dua kali, dan aku mendengar Rasulullah SAW berkata, “Umatku, umatku.” Betapa kasihnya Baginda kepada umatnya.”

Yang menjadi persoalannya kini, adakah kita semua umat Islam mengasihi dan mencintai Rasulullah SAW sepertimana Baginda mencintai kita? Seandainya benar kita mencintai Rasulullah SAW, marilah bersama-sama kita menghayati dan mengenang kisah hidup Rasulullah SAW bermula daripada saat kelahiran Baginda sehinggalah peristiwa-peristiwa akhir pada saat-saat kewafatan
 Rasulullah SAW. Sesungguhnya, inilah tokoh agung yang tiada bandingannya sehinnga kini.


Sumber : Solusi Isu # 38

Gurauan Rasulullah SAW



gurauan cara Rasulullah SAW. Rasulullah merupakan contoh teladan terbaik untuk dicontohi, bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Ðan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (Surah al-Qalam 68:4)

Penggunaan partikel ‘ala dalam ayat tersebut merujuk kepada kesempurnaan, yakni perkataan itu merujuk kepada sesuatu yang terletak di atas kemuncaknya. Ðemikian menurut kesimpulan pentafsir terkemuka Mesir, Syeikh Muhammad Mutawalliy al-Sya’rawiy.

Satu aspek yang amat jarang dibincangkan berhubung dengan akhlak Rasulullah ialah, adakah Nabi SAW juga pernah bergurau? Jika ya, bagaimanakah gaya gurauan Baginda? Adakah membawa ke peringkat para sahabat ketawa?

Ðewasa ini kita banyak melihat lawak jenaka di kaca televisyen yang banyak mempersendakan, memperolok-olok, memperbodoh-bodohkan orang lain dan tidak kurang juga lawak jenaka yang memperlihatkan kejelekan diri pelawak itu sendiri dengan meniru gaya orang lain mahupun ‘menjadikan’ diri jantina yang berlawanan.

Ini jelas berlawanan dengan gurauan yang pernah dilakukan Rasulullah SAW tidak ada dusta, tipu muslihat dan cercaan kepada orang lain. Banyak gurau dan berlebih-lebihan terhadapnya, itu boleh mengundang banyak tertawa, yang akhirnya berakibat kepada matinya hati, sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis, “Janganlah kamu memperbanyak tertawa, kerana banyak tertawa boleh mematikan hati.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Menerusi kajian terhadap hadis dan sirah, kita pasti bahawa sebagai manusia biasa, Nabi SAW memang seorang yang suka bergurau senda, sama ada dengan para isteri dan sahabat, bagi menarik perhatian mereka selain berasa senang hati untuk mendengar nasihat. Namun gurauan Baginda tidak pernah terkeluar daripada rangka kebenaran.

Berikut merupakan sebahagian bukti yang menunjukkan gurauan Nabi SAW tidak menjatuhkan Baginda dari daerah kemuliaan.

❀ Menaiki anak unta

Anas bin Malik r.a. menukil, seorang telah datang kepada Nabi SAW meminta Baginda SAW untuk membantunya menaiki atas seekor unta. Rasulullah lantas berkata kepadanya, “Baiklah, aku akan membantumu menaiki anak unta ini!” Beliau berasa hairan lantas bertanya, “Ya Rasulullah! Mana mungkin untukku menaiki anak unta?” Baginda SAW bersabda kepada Anas yang terpinga-pinga itu, “Apakah mungkin bagi unta ini dilahirkan dalam keadaan ia sudah pun dewasa?” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, Abu Ðaud dan yang lainnya)

Peristiwa ini sekaligus menjadi teka-teki agar sahabat ini berfikir bahawa setiap makhluk merupakan ‘anak’ kepada ibu yang melahirkannya. Namun maksud sebenarnya ialah Baginda tidak mampu menunaikan permintaan itu.

❀ Anak burung pipit

Ðari Anas r.a., yang lainnya, dia berkata, “Tidaklah Rasulullah SAW membaur kepada kami hingga baginda berkata kepada adikku, “Wahai Abu Umair! Apa yang telah dilakukan Nughair (burung pipit)?”” (Hadis riwayat Muslim)

Abu Yahya berkata, “Pemahaman hadis ini adalah bahwasanya Nabi SAW pernah bergurau. Ðalam hadis ini, baginda SAW memberi julukan (kuniyah) kepada anak kecil, dan berkata kepadanya, “Wahai Abu Umair.” Di dalamnya Baginda juga tidak mempersoalkan untuk memberi anak kecil burung agar dia bermain dengannya. Sesungguhnya Nabi SAW berkata kepadanya, “Wahai Abu Umair! Apa yang telah dilakukan burung pipit?” Kerana anak itu punya burung pipit yang diajaknya bermain, lalu ternyata burung itu mati, sehingga dia pun bersedih. Lalu Nabi bergurau dengannya dan berkata, “Wahai Abu Umair, apa yang telah dilakukan burung pipit?””

❀ Siapa lebih kuat makan?

Satu ketika, Rasulullah SAW dan para sahabat sedang makan buah kurma, biji-bijinya mereka sisihkan di tempatnya masing-masing. Beberapa saat kemudian, Ali menyedari bahawa dia memakan terlalu banyak kurma.

Biji-biji kurma sisa mereka berkumpul lebih banyak di sisi Ali dibandingkan di sisi Rasulullah SAW. Maka Ali pun secara diam-diam memindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi Rasulullah.

Kemudian Ali r.a. dengan tersipu-sipu mengatakan, “Wahai Nabi, engkau memakan kurma lebih banyak daripada aku. Lihatlah biji-biji kurma yang berkumpul di tempatmu.”

Nabi pun tersenyum dan menjawab, “Ali, kamulah yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau, memakan kurma berikut biji-bijinya.” (Hadis riwayat Bukhari)

❀ “Wahai yang memiliki dua telinga”

Anas r.a. yang pernah berkhidmat dengan Nabi SAW selama lebih 10 tahun, meriwayatkan bahawa Nabi sesekali memanggilnya dengan gelaran “Wahai yang memiliki dua telinga”. Panggilan yang berupa gurauan ini nyata merupakan satu fakta yang benar. Jelas, gelaran itu adalah satu panggilan yang disenangi oleh Anas kerana memang setiap manusia memiliki sepasang cuping telinga. Tetapi kenyataan itu sebenarnya untuk menunjukkan bahawa Anas amat peka dengan apa yang disabdakan Nabi.

❀ Si Penyelamat

Suatu hari Abu Bakar al-Siddiq r.a. berasa marah kepada puterinya Aisyah r.ha. dan peristiwa itu menyebabkan beliau hampir menamparnya.

Namun Rasulullah telah menjadi penyelamat, dengan memasukkan Aisyah r.ha. ke dalam kamarnya. Setelah Abu Bakar pergi, Nabi SAW lantas berkata kepada isterinya, Aisyah r.ha. dengan nada bisikan : “Bagaimana? Hebat bukan caraku menyelamatkanmu daripada orang itu (Abu Bakar)?”

❀ Lelaki Badwi bernama Zahir

Ðalam sebuah riwayat yang lain, seorang lelaki Badwi bernama Zahir r.a. sering memberikan Nabi SAW hadiah dari kampungnya. Akhlaknya yang istiqamah dalam memberikan hadiah ini menyebabkan Nabi SAW amat menyayanginya.

Suatu hari ketika berada di pasar Madinah, Rasulullah SAW memeluk Zahir r.a. dari arah belakang menyebabkannya terkejut lantas menjerit, “Lepaskan saya, lepaskan saya!”

Lalu Rasulullah SAW bergurau dengan para sahabat yang berada di pasar ketika itu dengan sabdanya yang bermaksud, “Siapa yang ingin membeli hamba?”

Apabila menyedari bahawa Nabi SAW yang memeluknya, dia lantas bertanya, “Wahai Nabi, adakah engkau ingin menjualku? Saya bukanlah seorang yang kacak juga bukanlah seorang yang kaya.”

Mendengar jawapan yang amat merendah diri ini, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Tetapi engkau di sisi Allah SWT bukanlah suatu yang tidak laku! Ði sisi-Nya, engkau teramat mahal!” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

❀ Khurafat

Suatu malam Rasulullah SAW berbual dengan para isterinya. Mereka asyik berbincang hingga salah seorang daripada mereka berkata, “Itu adalah cerita khurafat.”

Rasulullah SAW memotong dengan bertanya, “Tahukah kamu apakah itu khurafat? Khurafat adalah seorang lelaki yang berasal dari Bani ‘Uzrah yang pernah ditawan oleh segolongan jin pada zaman jahiliah. Setelah sekian lama menjadi tawanan, dia akhirnya dibebaskan. Lelaki yang bernama Khurafat ini telah menceritakan pengalaman anehnya sepanjang kehidupannya di alam jin. Walhasil, orang yang sukar mempercayai ceritanya itu menggelar sebarang maklumat yang pelik dengan nama cerita atau khabar yang khurafat.”

Ðemikianlah seperti yang dijelaskan oleh Imam at-Tirmidzi dalam kitabnya al-Syamail al-Muhammadiyyah.

❀ Ði matanya terdapat warna putih...?

Ðalam sebuah hadis yang dikemukakan oleh al-Nawawi dalam al-Azkar, seorang wanita sedang mencari suaminya. Nabi yang melihatnya lantas bertanya, “Apakah kamu sedang mencari lelaki yang di matanya terdapat warna putih?”

Wanita itu terkejut lantas menangis dengan sangkaan suaminya sudah menjadi buta.

Rasulullah SAW akhirnya menjelaskan bahawa setiap mata pasti mempunyai bahagian yang berwarna putih. Gurauan Baginda itu adalah menunjukkan suaminya itu masih hidup.

❀ Orang tua tidak masuk syurga

Turut tersenarai dalam anekdot gurau tawa Nabi SAW dengan para sahabat adalah kisah wanita tua yang datang menemui Nabi SAW untuk memohon doa Baginda supaya boleh memasuki syurga. Jawapan Baginda SAW, “Wahai nenek! Syurga tidak akan dimasuki wanita sepertimu!”

Jawapan Nabi itu telah mengakibatkan wanita lanjut usia menangis tersedu-sedu. Setelah itu barulah Nabi SAW menjelaskan kepada para sahabatnya, bahawa dia tidak akan memasuki syurga dalam keadaan tua seperti itu. Kemudian Nabi SAW bersabda, "Khabarkan kepadanya bahwasanya dia takkan masuk surga, dalam keadaan lanjut usia. Sesungguhnya Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Al-Waqi'ah: 35-37).

Ucapan Nabi SAW itu memberi maksud bahawa setiap manusia yang memasuki syurga berada pada peringkat usia mudanya sebaya, dalam keadaan kemuncak kesihatan dan keupayaan diri.

❀ Ðilarang gurauan yang menzalimi

Berlainan daripada teladan gurau senda Nabi SAW, seperti yang diriwayatkan dalam kitab Majma’ al-Zawa’id daripada ‘Amir bin Rabi’ah bahawa pernah terjadi seorang sahabat mengambil kasut milik seseorang lalu menyembunyikannya. Apabila perkara itu dikhabarkan kepada Nabi SAW, Baginda telah bersabda yang bermaksud, “Janganlah menakut-nakutkan seseorang Muslim, kerana perbuatan itu adalah satu kezaliman.”

Apabila dibandingkan antara teknik gurauan Nabi dengan kisah yang terakhir ini, jelaslah pendekatan baginda dalam senda gurau sentiasa berpaksikan kepada kebenaran serta jauh daripada pembohongan. Tindakan sahabat yang menyembunyikan kasut temannya dengan niat untuk bergurau itu boleh mengkibatkan rasa panik dan cemas dalam diri ‘si mangsa’. Inilah yang dilarang.

Yang lebih mengaibkan, sebahagian daripada kita suka membawa cerita lucah atau separuh lucah dalam perkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang lain. Rasulullah SAW bersabda bermaksud; “Malu adalah cabang daripada iman.”

Ðalam sabda lain, Rasulullah SAW menyatakan; “Malu dan iman seganding. Apabila terangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya.” Ðapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya maka hilang jugalah imannya.

Memperbanyak dan menyibukkan diri dengan gurauan boleh membuatkan diri menjadi lalai dari ketaatan dan memikirkan keadaan umat serta kesusahan-kesusahan yang menimpanya. Ketahuilah, bahwasanya Rasulullah sebagaimana disebutkan Jabir r.a., adalah “figura yang banyak diam dan sedikit tertawa.”



Sumber : Ustaz Zahazan Mohamed di Solusi Isu # 19