Saturday 28 April 2012

Pertandingan Roket Air



Pertandingan yang bermula pada jam 4 petang ini telah disertai oleh 4 kumpulan bagi kategori menengah rendah dan 22 buah kumpulan bagi kategori menengah atas. Jumlah keseluruhan roket yang dilancarkan pada hari itu ialah 26. 

Sebelum ni, apa yang kitaorang tahu, pertandingan ini adalah untuk jarak paling jauh. Setengah jam sebelum pertandingan start, kitaorang dapat info bahawa, bukan pertandingan jarak paling jauh, tetapi pertandingan roket yang paling dekat dengan sasaran. Kejamnya~ Kalau sasaran tu jauh, kitaorang tak risau sangat, tapi cuma 100 meter.  Kitaorang pun inform Kak Opie, dia pun pelik jugak. Adoyaii~ Kurang sikit semangat nak masuk...



Tapi bukan kitaorang je yang baru tahu, ada beberapa kumpulan lain yang 2 kali 5 je dengan kitaorang. Setiap kumpulan diberi 2 percubaan. Pada percubaan yang pertama, memang gempak. Roket kitaorang paling jauh dari sasaran. 'Tak pe kan, baru percubaan pertama, ada lagi satu', ayat nak mententeramkan jiwa.

Kitaorang pun bincang strategi yang seterusnya, apa yang perlu kami buat, faktor apa yang perlu kami tambah serta kurangkan dan apa-apa yang patut bincang lah kan. Time ni Kak Opie dah tak ada dengan kitaorang . Malu agaknye ambik kitaorang jadi anak buah dia. Haha... Sebelum kitaorang start pusingan yang kedua, cikgu bagi tips sikit (kesian sangat tengok budak form 4 yang semuanya far-far away dari sasaran).

Jadi dipendekkan cerita, pertandingan kedua pun start. Kitaorang tengok macam mana roket senior lain-lain dilancarkan. Dan tibalah turn kitaorang, huh' menggelabah jugak. dup dap..dup dap.. LEPAS! dan roket kitaorang pun berlepas, tak sampai 5 minit, dah keluar dari atmosfera bumi. Tak boleh turun terus. Terapung-apung je kat angkasa lepas tu, kitaorang pun menang .Yay! Ingatkan nak mintak tolong Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor tolong ambikkan roket tu, tapi dia dah 5 tahun balik dari angkasa lepas. So...bla..bla..bla..
 Haha, berangan je. 

Dup dap.. Dup dap.. LEPAS! Roket kitaorang pun berlepas dan on the way menuju sasaran, eh, ntah kenapa dia macam takut-takut je nak dekat sangat dengan sasaran tu. Belum sampai sasaran dah jatuh dulu. Baru kitaorang tau, roket tu malu rupanya nak dekat-dekat sangat. Okey, tak pe roket, tahun depan kitaorang asak kau bagi berani, supaya tak malu-malu nak jatuh dekat dengan sasaran ae~

Walau apapun, yang penting pengalaman kan. Bagi saya, pertandingan tu memang meriah terutama dengan hujan roket  air yang berwarna-warni dan riuh rendah sorakan. Dengan debaran melancarkan roket, excited nak tengok sedekat mana roket dengan sasaran. Kelam kabut untuk betulkan balik roket sedangkan turn untuk kitaorang lancarkan roket dah dekat. Tengok keletah Khuzairi (anak buah Cikgu Razak) dan anak Cikgu Rosmiza kat padang (lupa pulak nak snap gambar diaorang yang kiut-miut tu). Pengalaman terbaik lah~~

Itu je lah 'story roket air 2' untuk kali ni. Lepas exam nanti ada lagi pertandingan roket untuk kategori payung terbang pulak ^_^ 
Tunggu lah entri 'story roket air' yang seterusnya~
* Enjoy the pixca*


 Dari kiri: Syafik (blogger), Zahiah, Lailatul(blogger), Maizatul, Fatin(blogger) dan Kak Opie






Saat-saat roket kami akan dilancarkan pada pusingan pertama.



No comments:

Post a Comment