Monday 16 April 2012

Dengan Duit Boleh Beli Perempuan, Betul Ke?

perempuanSiapa gadis di sebelah? Sememangnya kita tidak tahu siapa dia tapi mungkin ada antara hamba Allah di luar sana yang mengenali dia.Bolehkah dia dibeli dengan sewenang-wenangnya. Kita pun tidak tahu.
Hari ini saya tertarik dengan 1 status pada wall kawan saya di facebook, dimana dia membuat persoalan tentang bolehkah perempuan dibeli dengan wang? Susah untuk difikir sama ada boleh atau tidak. Tetapi bagi saya memang boleh tetapi bersyarat. Nak tahu sebab apa saya cakap boleh. Teruskan membaca.
Melalui komen-komen yang tertera pada gambar di bawah, salah seorangnya adalah wanita sendiri. Mungkin ada sesetengah perempuan yang boleh di beli dengan duit. Saya rasa tak perlulah saya bagi contoh sebab mesti anda semua sudah tahu perempuan jenis apa itu.
beli perempuan
Tapi bagi saya memang semua perempuan di beli dengan duit. Ini hanya pendapat saya kerana jika lelaki tiada duit, bagaimana dia nak menyara perempuan itu? Maksud saya disini adalah perempuan harus di beli dari ibubapa mereka dimana tanggungjawab yang di pikul oleh ibubapa terhadap si gadis ini berpindah tangan kepada seorang lelaki yang bakal bergelar suami. Mungkin istilah “dibeli” yang saya gunakan itu tidak sesuai yang mana ia sebenarnya bermaksud untuk melihat tanggungjawab seseorang lelaki itu dalam melayari gerbang rumah tangga dan melihat kesediaannya dalam
Melalui wang hantaran itulah menunjukkan seseorang lelaki itu bersedia melaksanakan tugas dan sanggup memikul tanggungjawab yang baru iaitu seorang isteri di sisinya.
p/s: saya minta maaf jika ada sesiapa yang terasa atau tidak berpuas hati dengan pendapat aku ini. Jika ada kritikan amat digalakkan.

No comments:

Post a Comment