Saturday 28 April 2012

Mesti Best kalau ad kat Malaysia



teke mana satu askat tertinggi?..

Tallest Soldier Illusion

Trick Matematik.. ermm menarik..
Schematics Confusion

burung atau ikan?

Reversible Picture

Reversible Picture

aq pon pening..

tangga nak ke mane?


















Pertandingan Roket Air



Pertandingan yang bermula pada jam 4 petang ini telah disertai oleh 4 kumpulan bagi kategori menengah rendah dan 22 buah kumpulan bagi kategori menengah atas. Jumlah keseluruhan roket yang dilancarkan pada hari itu ialah 26. 

Sebelum ni, apa yang kitaorang tahu, pertandingan ini adalah untuk jarak paling jauh. Setengah jam sebelum pertandingan start, kitaorang dapat info bahawa, bukan pertandingan jarak paling jauh, tetapi pertandingan roket yang paling dekat dengan sasaran. Kejamnya~ Kalau sasaran tu jauh, kitaorang tak risau sangat, tapi cuma 100 meter.  Kitaorang pun inform Kak Opie, dia pun pelik jugak. Adoyaii~ Kurang sikit semangat nak masuk...



Tapi bukan kitaorang je yang baru tahu, ada beberapa kumpulan lain yang 2 kali 5 je dengan kitaorang. Setiap kumpulan diberi 2 percubaan. Pada percubaan yang pertama, memang gempak. Roket kitaorang paling jauh dari sasaran. 'Tak pe kan, baru percubaan pertama, ada lagi satu', ayat nak mententeramkan jiwa.

Kitaorang pun bincang strategi yang seterusnya, apa yang perlu kami buat, faktor apa yang perlu kami tambah serta kurangkan dan apa-apa yang patut bincang lah kan. Time ni Kak Opie dah tak ada dengan kitaorang . Malu agaknye ambik kitaorang jadi anak buah dia. Haha... Sebelum kitaorang start pusingan yang kedua, cikgu bagi tips sikit (kesian sangat tengok budak form 4 yang semuanya far-far away dari sasaran).

Jadi dipendekkan cerita, pertandingan kedua pun start. Kitaorang tengok macam mana roket senior lain-lain dilancarkan. Dan tibalah turn kitaorang, huh' menggelabah jugak. dup dap..dup dap.. LEPAS! dan roket kitaorang pun berlepas, tak sampai 5 minit, dah keluar dari atmosfera bumi. Tak boleh turun terus. Terapung-apung je kat angkasa lepas tu, kitaorang pun menang .Yay! Ingatkan nak mintak tolong Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor tolong ambikkan roket tu, tapi dia dah 5 tahun balik dari angkasa lepas. So...bla..bla..bla..
 Haha, berangan je. 

Dup dap.. Dup dap.. LEPAS! Roket kitaorang pun berlepas dan on the way menuju sasaran, eh, ntah kenapa dia macam takut-takut je nak dekat sangat dengan sasaran tu. Belum sampai sasaran dah jatuh dulu. Baru kitaorang tau, roket tu malu rupanya nak dekat-dekat sangat. Okey, tak pe roket, tahun depan kitaorang asak kau bagi berani, supaya tak malu-malu nak jatuh dekat dengan sasaran ae~

Walau apapun, yang penting pengalaman kan. Bagi saya, pertandingan tu memang meriah terutama dengan hujan roket  air yang berwarna-warni dan riuh rendah sorakan. Dengan debaran melancarkan roket, excited nak tengok sedekat mana roket dengan sasaran. Kelam kabut untuk betulkan balik roket sedangkan turn untuk kitaorang lancarkan roket dah dekat. Tengok keletah Khuzairi (anak buah Cikgu Razak) dan anak Cikgu Rosmiza kat padang (lupa pulak nak snap gambar diaorang yang kiut-miut tu). Pengalaman terbaik lah~~

Itu je lah 'story roket air 2' untuk kali ni. Lepas exam nanti ada lagi pertandingan roket untuk kategori payung terbang pulak ^_^ 
Tunggu lah entri 'story roket air' yang seterusnya~
* Enjoy the pixca*


 Dari kiri: Syafik (blogger), Zahiah, Lailatul(blogger), Maizatul, Fatin(blogger) dan Kak Opie






Saat-saat roket kami akan dilancarkan pada pusingan pertama.



Wednesday 25 April 2012

Jarak Antara Dua Hati?





Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”

“Tapi…” guru bertanya kembali

“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”



Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.

Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”



Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?

Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.

Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.

Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”



Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.

Sumber:akuislam.com

Tuesday 24 April 2012

Cara Nak Kuatkan Wifi Anda




Salam sejahterah semua.sememangnya wifi adalah salah satu cara kita untuk menggunakan internet secara percuma dan ianya diguna kebanyakannya oleh para pelajar yang mungkin tidak berkemampuan untuk memperolehi ataupun membayar setiap bulan jadi jika korang mempunyai WIFI ROUTER seperti pada image di bawah ini dan jika signal wifi tersebut tidak begitu memuaskan ataupun tidak kuat signalnya korang boleh lah cuba cara seperti di bawah ini dengan menggunakan TIN ALUMINIUM.


Cara ini sebenarnya adalah yang terbaik kerana saya sendiri pun sudah mencubanya namun ia memang berfungsi untuk meningkatkan lagi signal wifi saya dengan cara ini juga adalah cara yang paling ringkas dan tidak mustahil korang tidak boleh melakukannya.

Lihat gambar contoh tutorial dengan teliti


sumber maklumat asal/credit: tgokjum.blogspot.com

5 Coklat Termahal Di Dunia

Ranking nombor 5
Dicipta: Godiva “G” Collection
Harga: $ 117 per pound
Lokasi: New York City, New York

Keistimewaan coklat ini ialah koleksi ‘G’ ini limited dan mempunyai pelbagai rasa yang unik antaranya ialah seperti madu tasmania, coklat panas mexican dan macam-macam lagi.
Ranking nombor 4
Dicipta: Richart ©
Harga: $ 120 per gram
Lokasi: Lyon, France
Keistimewaan coklat ini ialah ia menggunakan koko paling terbaik di dunia dan mempunyai pelbagai jenis termasuklah perisa buah-buahan exotik.
Ranking nombor 3
Dicipta: Delfee ©
Harga: $ 504 per 450 gram
Lokasi: Neuchatel, Switzerland
Keistimewaan coklat ini ialah ianya disaluti 24 karat emas! Wahhh, ni nak makan emas ke coklat ni. hehe
Ranking nombor 2
Dicipta: Noka Vintages Collection
Harga: $ 854 per 450 gram
Lokasi: Dallas, Texas
Coklat ini adalah antara coklat hitam yang paling mahal. Keistimewaan coklat ini ialah ianya tidak mengandungi apa-apa ramuan tambahan, hanya coklat dan susu je. Aik, tu pun nak jual dengan harga mahal -.-”
Ranking nombor 1
Dicipta: Knipschildt
Harga: $ 2,600 per 450 grams
Lokasi: Norwalk, Connecticut
Coklat ini dicipta oleh Fritz Knipschildt. Coklat ini adalah coklat paling sedap di dunia!
Keistimewaannya ialah ianya hanya di buat apabila ditempah sahaja. Rupa macam Ferrero Rocher kan?
SUMBER : http://www.copytampal.com/gilerkentang.com

Kisah debat Imam Abu Hanifah dengan seorang atheis

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmd8nOeGpFabzSU1KJQ0dtVGAM-KfMXPggfgaS2MoPFSEsiqjfjvNASC-HeztuS7e7NX-cjkbb5NFughqYegA5AO_F4ZlVg4qE4JARHinmUzqyQDcmEyJVbMkjiEGkxX8XzCTvKEKJL_mE/s1600/imamali06.jpg

Pada suatu pagi, Imam Abu Hanifah yang ketika itu masih kanak-kanak telah mendapati gurunya itu berada dalam keadaan dukacita. Beliau pun bertanyakan sebabnya. Guru: Aku bermimpi melihat sebuah kebun yang sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. 
Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan menyondol serta memakan buah-buah pohon tersebut sehingga habis dedaun dan buah-buah tersebut. Hanya tinggal batang kayu sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu terus menerkam babi itu dan membunuhnya. 
Imam Abu Hanifah: Allah Taala telah mengajarkan saya ilmu ta’bir mimpi. Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah saya ta’birkannya. 
Guru: Ta’birkanlah .Imam Abu Hanifah: Dusun luas yang terhias itu adalah agama Islam. Pohon kayu yang berbuah itu ialah para ulama. Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. Babi yang muncul itu ialah si Atheis itu, manakala harimau itu yang membunuh babi tersebut ialah saya sendiri. 
Tuan Guru: Bagaimana pula kalau orang tanya siapa kamu? Imam Abu Hanifah: Katakan saja saya ini budak pembawa kasut tuan.


Berangkatlah, saya akan turut menemani Tuan Guru. Dengan berkat hemat Tuan Guru dan berkat hadrat Tuan Guru, saya akan patahkan hujahnya. 
Tuan Guru bergembira dengan kata-kata Imam Abu Hanifah itu, lalu bertolak bersama ke Masjid Jami’. Kemudian, Khalifah tiba di samping orang ramai telah berhimpun di sana. 
Si Atheis itu datang dan terus naik ke mimbar serta bertanya: Siapakah di kalangan kamu yang akan menjawab soalan-soalanku?
 
Imam Abu Hanifah menjawab: Nyatakan saja soalan kamu, orang yang tahu akan menjawabnya. 
Antara 3 soalan yang didebatkan ialah:
1) Apa yang ada sebelum Allah ada? 2) Ke manakah Allah sedang menghadap sekarang? 3) Apakah yang dilakukan Allah sekarang?

Apa yang ada sebelum Allah?
Imam Abu Hanifah: Tiada sesuatu sebelum Allah. Buktinya ada pada anggota badanmu. Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu. Begitu jugalah dengan Allah Taala. Tiada sesuatu sebelum-Nya dan tiada sesuatu selepas-Nya.
Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahnya?
 
Jika tuan menyalakan lampu pelita di dalam gelap malam, ke arah manakah sinar lampu itu menghadap? Atheis : Sinarnya menghadap ke seluruh arah dan penjuru. Abu Hanifah : Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Ta’ala Pencipta langit dan bumi, sebab Dia nur cahaya langit dan bumi.
Apakah yang dilakukan oleh Allah sekarang?
 
Imam Abu Hanifah: Cara engkau tidak betul. Sepatutnya orang yang menjawab mesti berada di mimbar dan orang yang bertanya berada di bawah. Aku akan menjawab jika aku berada di mimbar dan engkau pula di bawah. Si Atheis itu pun turun, Imam Abu Hanifah pula naik ke atas mimbar. Setelah beliau duduk, si Atheis itu pun bertanyakan soalan tadi. 

Imam Abu Hanifah menjawab: Inilah yang Allah Taala lakukan sekarang. Dia menggugurkan yang batil seperti kamu dari atas ke bawah dan menaikkan yang benar seperti aku dari bawah ke atas.

Fakta Air Wudhu

1001 Fakta Keajaiban dan Kebaikan Air Wudhu Solat | Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan. Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Gambar hiasan: Budak sekolah sedang belajar mengambil wudhu (sumber: Google)
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar.
Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels. (Nota tambahan: Biodata beliau dari wikipedia (LINK))

Hikmah Wudhu

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.
Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.
Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.
Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Cara Wudhu Rasulullah S.a.w

Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .” (Hadis Riwayat Muslim)

Huraian Hadis Wudhu

Wudhuk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wudhuk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar. (Lagi Hadis Tentang Wudhu LINK))
Wallahu’alam….

5 Kenderaan Perang Paling Mahal

1.Northrop Grumman B-2 Spirit
     The Northrop Grumman B-2 Spirit, atau lebih dikenali sebagai Stealth Bomber, boleh melancarkan senjata nuklear untuk menentang barisan musuh yang sangat kuat. Kos pembuatannya yang terlalu mahal menjadikan jumlah pembuatannya dikurangkan dari 132 kepada 21.
     Kos pembikinan bagi setiap satunya berjumlah US$737 juta pada tahun 1997 ($1.01 bilion hari ini). Tetapi bila digabungkan semua jenis kos ianya menjadi US$2.1 bilion untuk setiap satu ($2.87 bilion hari ini).
    Ianya pertama kali digunakan semasa Kosovo War pada tahun 1999 diiringi dengan perang di Iraq dan Afghanistan.
2. Bell-Boeing V-22 Osprey

    Bell-Boeing V-22 Osprey mempunyai fungsi mendarat yang lebih kurang dengan helikopter. Tetapi, kelajuannya lebih laju dari helikopter yang biasa dan kelajuannya setanding dengan Conventional Turboprop Airplanes.
Ianya pertama kali digunakan semasa tahun 2007 di Iraq. Sejak 2008, program Osprey ini menelan kos sebanyak $27 bilion dan pada 2010, setiap unit menelan kos sebanyak $67 juta.
3. USS George H.W. Bush (CVN-77)

    Dinamakan sempena nama bekas presiden Amerika Syarikat, George H.W. Bush, USS George H.W. Bush (CVN-77) ini dibina untuk tentera navy AS. Jumlah pembinaannya berjumlah $6.2 juta.
    Kapal ini siap pada tahun 2009 dan mempunyai panjang 1,100 kaki. Ianya antara salah satu daripada kapal terpanjang di dunia. Had kelajuannya ialah lebih 30 knots dan kekuatan sumber tenaganya membolehkan kapal ini belayar lebih dari 20 tahun tanpa perlu mengisi minyak.
4. Lockheed Martin F-35 Lightning II

     F-35 Lightning II dibina untuk sebahagian dari program bersama antara AS, UK dan sekutu lain yang dikenali sebagai “Joint Strike Fighter Program”. Kapasiti bahan bakarnya ialah lebih dari 18,000 pounds dan boleh mencapai kelajuan sehingga 1,200 batu sejam.
    F-35 Lightning II dilengkapi dengan “4-barreled Gatling Cannon” dan lapan jenis peluru berpandu serta bom nuklear B61. Kos bagi setiap satu unit ialah $122 juta. AS bercadang untuk membeli lebih dari 2,000 unit pada kos sebanyak $323 bilion. Ini menjadikan Lookheed Martin sebagai penerima kontrak tentera terbesar dalam sejarah.
5. McDonnell Douglas F/A-18 Hornet

    F/A-18 Hornet diperkenalkan oleh  McDonnell Douglas dan dibina oleh Boeing. Ianya digunakan dalam operasi Desert Storm.Hornet boleh mencapai kelajuan maksimum 1,190 batu sejam dan boleh mendaki sehingga 50,000 kaki dalam seminit. Di luar AS, jet pejuang ini juga digunakan oleh tentera Australia, Canada, Switzerland dan ia tampil dalam filem sains fiksyen 1996, Independence Day sebagai jet pejuang yang menewaskan ancaman makhluk asing.
SUMBER :  http://www.infoterbang.com/gilerkentang.com

Rekaan CPU Yang Menarik

Rekaan CPU Yang Menarik | Kalau orang yang minat pad akereta, sudah tentu mereka akan menghias reka bentuk kereta. Sama jugalah seperti CPU komputer. Ada yang gemar menjadi CPU komputer sebagai satu tempat untuk melepaskan seni kreatif terhadap benda tersebut. Komponen-komponen yang berada di dalam CPU tidaklah sesukar seperti enjin kereta, cuma ia hanya meliputi seperti motherboard, hard disk, memory card, power supply dan dan-lain lagi. Jom layan gambar rekaan cpu yang menarik di bawah ini.


Desa yang berpendudukan hanya 1 orang

Desa ini ditinggal pergi oleh seluruh penduduknya. Kini tinggal seorang pria saja yang betah untuk tinggal sendirian, tanpa wanita, tanpa anak, tanpa tetangga maupun binatang peliharaan. pria bernama Don Sammons (60th) ini sudah terbiasa tinggal sendirian. Di rumah? Tidak! Dia tinggal di dalam sebuah desa aneh yang hanya berpenduduk 1 orang, yaitu dirinya. Sendirian!


Desa Buford terletak di Wyoming, Colorado, daerah perbukitan dengan suhu rendah terlebih di musim dingin. Desa ini telah ditinggalkan oleh seluruh penghuninya yang memilih untuk tinggal di tempat lain untuk mencari penghidupan yang lebih baik karena merasa wilayah ini tidak akan bisa berkembang (dailymail.co.uk). Namun tidak demikian dengan Kakek Sammons yang kekeh untuk tetap tinggal di sana walaupun seorang diri. Sammons meninggalkan Los Angeles tahun 1980 bersama istri dan anaknya dan memilih menetap di Buford yang ketika itu masih dihuni oleh sekitar 2000 orang pekerja rel kereta api. Ketika istrinya meninggal 15 tahun lalu, anaknya yang kini berusia 26 tahun pun memilih untuk pindah ke kota Colorado.


Sammons mengelola sendiri sebuah pom bensin kecil dan sebuah toko untuk melayani mereka yang mampir dalam perjalanan lintas negara. “Dalam sehari toko saya bisa dikunjungi 1000 orang di musim panas, namun menurun hingga 100 orang saja di musim dingin,” kata Sammons yang mengklaim dirinya sebagai raja di Buford.

Sebagai raja, tentunya Sammons bebas berkeliaran di desanya, masuk ke bangunan-bangunan tua seperti kantor pos, bangunan sekolah, bangunan toko-toko dan beberapa rumah yang tanpa penghuni. Apa jadinya desa ini jika kelak si raja Sammons mati?

10 Ikan Tercantik

1. Mandarin Fish
http://hermawayne.blogspot.com
Ada 2 varietas dari spesies ini, yaitu Mandarinfish standar dan Psychedelic Mandarin. Yang standar biasanya memiliki pola dan warna yang lebih bagus dibanding Psychedelic. Harganya tidak lebih dari $20 per ekor, namun yang menjadi masalah adalah makanannya yang sulit dicari.

2. Discus
http://hermawayne.blogspot.com
Ikan ini merupakan spesies ikan air tawar yang mungkin merupakan ikan air tawar yang paling cantik. Harganya sangatlah mahal, anakan yang panjangnya hanya sekitar3 inchi berkisar antara $50-$80.

3. Lion Fish
http://hermawayne.blogspot.com
Ikan ini disebut juga Zebrafish. Tulang belakangnya itu memiliki racun yang sangat menyakitkan dan cukup efektif.

4. Moorish Idol
http://hermawayne.blogspot.com
Ikan ini sangat susah untuk dipelihara dengan akuarium standar, dan juga hargannya yang melejit selangit.

5. Koi
http://hermawayne.blogspot.com
Ada banyak variasi warna dari ikan koi (sekitar 100an). Koi dapat memiliki warna oranye, merah, putih, keemasan, atau hitam. Beberapa penggemar koi rela membayar ribuan dolar untuk seekor koi hanya untuk mencari pola warna koi yang langka.

6. Flame Angel
http://hermawayne.blogspot.com
Ikan ini memikiki hubungan dekat dengan Coral Beauty. Sifatnya sama seperti Coral Beauty, tapi sifatnya tidak ’seteguh’ Coral Beauty.

7. Coral Beauty
http://hermawayne.blogspot.com
Ikan ini tergolong ikan yang mudah dipelihara di dalam akuarium dan dapat bertahan baik dalam habitatnya.

8. Regal Tang
http://hermawayne.blogspot.com
Ikan ini tergolong dalam family Surgeonfish, yang memiliki pisau kecil dari zat kapur yang dapat disembunyikan di depan sirip ekornya. Pisau kecil ini digunakan terutama untuk sistem pertahanan dalam menghadapi predator.

9. Parrot Fish
http://hermawayne.blogspot.com
Dinamakan demikian karena bentuk mulutnya yang mirip paruh burung. Ikan ini menggunakan mulutnya yang seperti paruh itu untuk memecah dan memakan invertebrata kecil yang hidup di daerah koral. Biasanya mereka akan memakan utuh-utuh bebatuan koral atau pasir laut lalu mengunyah invertebrata yang ada di dalamnya, lalu membuang sisanya.

10. African Cichlids
http://hermawayne.blogspot.com
Ikan ini diucapkan sebagai “Sick-Lids”. Ikan ini ditemukan di 3 danau di Afrika: Malawi, Tanganyika, dan Victoria. Spesies yang ada di Danau Victoria jumlahnya kurang beragam dan kurang berwarna-warni dibandingkan dengan lainnya. Biasanya mereka tumbuh hingga 6-7 inchi, dengan pengecualian untuk Spesies Frontosoa, yang bisa tumbuh sampe 12-14 inchi. Ikan-ikan ini adalah ikan-ikan air tawar yang bisa dengan gampang dipelihara di akuarium rumahan. Selain di Afrika, ada juga spesies ikan ini yang hidup di perairan Amazon, tapi ukurannya lebih besar dan lebih agresif dari yang di Afrika.

Haiwan Terpantas Didunia


1.Cheetah
haiwan terpantas yang pernah hidup di daratan dengan kepantasan 112km/jam hingga 120 km/jam pada jarak 460 m (500 yard). . Cheetah boleh mencapai kepantasan 0 km/jam sampai 110 km/jam hanya dalam waktu 3 saat



2. ANTELOP – 61 Mil/jam (80 Km/jam)
Binatang ini juga tersenarai sebagai kedua terpantas di dunia. Kepantasan maksima binatang ini sangat sukar untuk dipastikan secara tepat, kerena tiap individu binatang ini memilik kemampuan yang berbeza-beza. Binatang ini juga memiliki kemampuan sprint lebih lama kerena disokong dengan ruang paru-paru dan jantung yang lebih besar.


3. WILDEBEEST – 50 Mil/jam (80 Km/jam)
Wildebeest adalah binatang yang salah satu kehidupnya bergantung dengan kepantasannya untuk mengelak dari menjadi pemangsa. Binatang ini adalah makanan kesukaan kucing besar(singa kot), ini kerena habitat Wildebeest di permukaan terbuka Afrika, mereka adalah komuniti terbanyak yang boleh hidup sampai 20 tahun.


4. SINGA – 50 Mil/jam (80 Km/jam)
Raja dari segala pemburu, singa, tidak perlu memiliki kepantasan untuk menjadikan dirinya sebagai yang terbaik di antara yang terbaik. Semasa memburu untuk meneruskan hidupnya, kebanyakan nafkah keluarga di cari oleh singa betina, namun singa jantan jika emosi boleh berlari mencapai kepantasan 80 km/jam.


5. RUSA THOMPSON – 50 Mil/jam (80 Km/jam)
Nama Thompson di ambil sempena orang pertama yang menjumpainye, Joseph thompson, Rusa Thompson diakui di dunia sebagai rusa terbaik, baik dari segi bentuk fizikal, kepantasan, dan juga kecerdikannya berbanding jenis rusa lainnya. Dalam hal menlarikan diri dari musuh terutama cheetah, rusa ini boleh mencapai kepantasan 80 km/jam disertai dengan pergerakan zigzag yang memeningkan. Rusa ini juga memilik ketahanan lebih baik dari cheetah maksudnye boleh berlari lebih lama dengan kepantasan maksimum berbanding cheetah (goreng pon sodap)


6. KUDA – 47,5 Mil/jam (76 Km/jam)
kuda jenis Quarter Horse adalah terpantas .Kuda ini boleh mencapai kepantasan maksima 76 km perjam.


7. RUSA BESAR – 46 Mil/jam (73,6 Km/jam)
Rusa ini dianggap sebagai rusa kedua terbesar di dunia, dan juga salah satu mamalia terbesar di Amerika utara dan Asia timur. Berbeza dengan binatang berkelajuan tinggi lainnya, binatang ini menggunakan kepantasan untuk mengelak dari pemangsa, tapi jika melihat ukuran dan kepantasannya, kebanyak binatang pemburu sekiranya lapar, lebih suka melupakan niatnya untuk memburu rusa ini.


8. ANJING PEMBURU – 45 Mil/jam (72 Km/jam)
Anjing ini menggabungkan antara kepantasan dan kecerdikan dalam memburu mangsanya, mereka memburu secara berkumpulan dan sangat ganas, salah satu anjing merangkap mangsanya ke satu tempat, dan anjing lainnya bersedia menyerang bergilir sampai mangsa tak berdaya.


9. COYOTE – 43 Mil/jam (68.8 Km/jam)
Coyote menggunakan kepantasan mereka untuk memburu binatang kecil seperti tikus-tikus, tupai, rusa dan ternakkan. Binatang pemakan daging ini, hidup berkelompok, dan memburu sepanjang musim.


10. RUBAH – 42 Mil/jam (67.2 Km/jam)
Rubah adalah pemburu yang makan daging dan sayur-sayuran. Mereka menggunakan kepantasan mereka berburu tikus-tikus dan bahkan burung-burung.