Monday 16 April 2012

Jangan Mudah Berkata Sayang atau Cinta

sayangSayang dan Cinta adalah sesuatu perkara yang berbeza kerana kita boleh menyayangi semua orang tetapi kita tak boleh mencintai semua orang. Bagi aku perkataan sayang dan cinta janganlah sewenang-wenangnya hendak diperkatakan kepada seseorang kerana ia memberi maksud yang mendalam bagi seseorang itu walaupun bagi diri anda ia hanya perkara kecil.
Kita boleh sayang kawan-kawan kita tapi kita tak boleh mencintai semua kawan-kawan kita sebab cinta hanyalah untuk seseorang sahaja (dari konsep manusia kepada manusia). Bagi aku, cinta juga adalah perkara yang merelakan bukan untuk dipaksa kerana semakin kita paksa semakin jauh kita dengan cinta itu.
Aku petik sedikit dialog yang terdapat dalam filem Cuti-Cuti Cinta iaitu “Buat apa mencari cinta sebab cinta yang dicari pasti akan pergi dan cinta yang dinanti pasti kekal abadi” kata Farid Kamil kepada Nora Danish. Bagi aku tak salah kita mencari cinta asalkan kita ikhlas dan jujur dengan cinta itu sendiri.
cinta
Gambar Hiasan
Bagi yang mencari cinta teruskan mencari dan aku yakin kali pertama anda berjumpa seseorang itu anda belum mencintai dia sepenuh hati sebab cinta akan hadir dengan sendirinya bila anda menyemainya setiap hari (macam aku). Jadi bila anda sukakan seseorang terus teranglah perasaan anda terhadap dia kerana cinta boleh disemai setiap hari.
Bagi yang sentiasa menanti cinta hadir dalam hidup mereka, teruskanlah menanti kerana pasti suatu hari nanti akan ada seseorang yang dalam diam menyukai anda tanpa anda ketahui sebelumnya. Mungkin ini khusus untuk wanita..hehe..
Kesimpulannya, sekali anda menyatakan cinta dan sayangkan seseorang teruskanlah dengan apa yang anda katakan kerana Insyaallah dia akan memberi lebih daripada apa yang anda sangkakan dan jangan sesekali mengkhianatinya kerana ia mungkin memusnahkan hidup seseorang itu..=))

No comments:

Post a Comment