TOKYO: Tali biola daripada sutera labah-labah yang lazimnya digunakan membuat sarang didakwa mampu menghasilkan bunyi yang lebih indah jika dimainkan oleh pemuzik yang mahir, kata seorang saintis yang berjaya mencipta tali berkenaan.
Ribuan helaian halus yang ditenun bersama untuk menghasilkan tali yang kuat tetapi fleksibel menjadikan alat muzik sempurna, kata Profesor Kimia Polimer di Universiti Perubatan Nara, Shigeyoshi Osaki.
Osaki yang mempunyai pengalaman mengkaji sutera labah-labah selama lebih 35 tahun, sebelum ini mencadangkan bahan itu boleh digunakan untuk jahitan pembedahan atau jaket kalis peluru tetapi minatnya dalam biola menjadi inspirasi untuk mencipta sesuatu bagi alat muzik itu.
Dalam proses tenunan benang, bentuknya berubah daripada silinder kepada poligon, yang bermakna ia sesuai bersama dan lebih baik, kata Osaki.
“Ketika pembentangan benang biasa, banyak ruang antara gentian. Apa yang kita dapati tiada ruang antara filamen. Ia menjadikan tali itu lebih kuat. Ini semua boleh digunakan dalam peralatan harian kita,” katanya sambil menambah 300 labah-labah betina jenis Nephila Maculata menyediakannya bahan mentah itu.
Kekuatan dan ketahanan sutera labah-labah bukanlah penemuan baru, dengan kajian sebelum ini menunjukkan ia boleh tahan suhu tinggi dan kesan cahaya ultra ungu.
sumber : bharian
No comments:
Post a Comment