1001 Fakta Keajaiban dan Kebaikan Air Wudhu Solat | Prof
Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus
neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan
terhadap wudhu.
Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan. Bahawa pusat-pusat
saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah
dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar.
Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu
yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan
hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara
keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka
bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat
sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan
mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels. (Nota
tambahan: Biodata beliau dari wikipedia (LINK))
Hikmah Wudhu
Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha
untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota
badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan
muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan
benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau
anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota
badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa.
Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan
kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap
hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan
aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru
diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang
baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota
yang paling berisiko untuk melakukan dosa.
Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat
al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki
sehingga hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air
wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata,
hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih
dari dosa.
Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain
kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu
sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab
al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan
mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara
fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan
wudhunya.
Yang paling penting dari wudhu
ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai
orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya
kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf
Al-Quran.
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk
menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan
kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.
Cara Wudhu Rasulullah S.a.w
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim
al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara
Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air,
lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak
tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk
mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke
dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau
mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas
itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke
paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala
dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang
dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau
membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau
berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”
(Hadis Riwayat Muslim)
Huraian Hadis Wudhu
Wudhuk yang sempurna akan mendapat
kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah
sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan
kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wudhuk itu bertujuan untuk
membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang
pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang
adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi
seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar. (Lagi Hadis Tentang Wudhu LINK))
Wallahu’alam….
No comments:
Post a Comment