Sayang dan Cinta adalah
sesuatu perkara yang berbeza kerana kita boleh menyayangi semua orang tetapi kita
tak boleh mencintai semua orang. Bagi aku perkataan sayang dan cinta
janganlah sewenang-wenangnya hendak diperkatakan kepada seseorang
kerana ia memberi maksud yang mendalam bagi seseorang itu walaupun bagi
diri anda ia hanya perkara kecil.
Kita boleh sayang kawan-kawan kita tapi
kita tak boleh mencintai semua kawan-kawan kita sebab cinta hanyalah
untuk seseorang sahaja (dari konsep manusia kepada manusia). Bagi
aku, cinta
juga adalah perkara yang merelakan bukan untuk dipaksa kerana semakin
kita paksa semakin jauh kita dengan cinta itu.
Aku petik sedikit dialog yang terdapat
dalam filem Cuti-Cuti Cinta iaitu “Buat apa mencari cinta sebab cinta
yang dicari pasti akan pergi dan cinta yang dinanti pasti kekal abadi”
kata Farid Kamil kepada Nora Danish. Bagi aku tak salah kita mencari
cinta asalkan kita ikhlas dan jujur dengan cinta itu sendiri.
Bagi yang mencari cinta teruskan mencari
dan aku yakin kali pertama anda berjumpa seseorang itu anda belum
mencintai dia sepenuh hati sebab cinta akan hadir dengan sendirinya bila
anda menyemainya setiap hari (macam aku). Jadi bila anda sukakan
seseorang terus teranglah perasaan anda terhadap dia
kerana cinta boleh disemai setiap hari.
Bagi yang sentiasa menanti cinta hadir
dalam hidup mereka, teruskanlah menanti kerana pasti suatu hari nanti
akan ada seseorang yang dalam diam menyukai anda tanpa anda ketahui
sebelumnya. Mungkin ini khusus untuk wanita..hehe..
Kesimpulannya, sekali anda menyatakan
cinta dan sayangkan seseorang teruskanlah dengan apa yang anda katakan
kerana Insyaallah dia akan memberi lebih daripada apa yang anda
sangkakan dan jangan sesekali mengkhianatinya kerana ia mungkin
memusnahkan hidup seseorang itu..=))
No comments:
Post a Comment