Dalam setiap hubungan yang dibina pasti
ada pasang dan surutnya. Ketika pasangnya sesuatu hubungan itu pasti
setiap yang dilalui rasa sungguh indah sekali. Tetapi apabila surutnya
sesuatu hubungan itu hanya yang sabar dan mempunyai hati yang kuat saja
yang dapat melalui dengan tabah.
Jika salah seorang daripada pasangan
anda membuat hal atau karenah yang tidak menyenangkan anda janganlah
anda terus memarahinya kerana kita tak layak menghukum dia walaupun kita
kekasih
dia. Apakah anda akan lakukan?Sabar, biarkan, suka hati dia nak buat apa
atau apa tindakan anda. Mungkin anda hanya boleh menasihati dia saja.
Bagi aku sendiri, tidak perlulah kita
memarahi dia atau membuatkan dirinya begitu hina di depan kita. Cuba
anda bayangkan jika anda dibuat sebegitu tidakkah anda akan merasa lebih
tertekan. Dalam hal ini, anda harus bersabar dan sentiasa memaafkan dia
walau apa pun dia telah buat kepada anda.
Ustazah aku pernah kata, setiap kesalahan
yang kita lakukan sesama manusia, hanya manusia itu
sendiri yang mampu memaafkan kita. Biasalah setiap manusia tidak lari
daripada membuat kesilapan yang mana kesilapan yang dilakukan itu
semuanya berpunca daripada hasutan syaitan. Tidakkah anda berasa sayang akan orang yang anda
cintai jika anda tidak memaafkan dia? Fikirkanlah.
Akhir kata dari aku, memaafkan lebih
baik daripada memarahi atau menghukum kerana apabila kita memaafkan kita
tergolong dengan golongan orang yang sabar dan bersabar
itu adalah sebahagian daripada iman.
p/s: Biar kita disakiti dan jangan
kita menyakiti orang lain.=)
No comments:
Post a Comment