Jangan terkejut dengan
tajuk yang dipaparkan kerana itu hanyalah persoalan yang timbul. Memang
benar bermain futsal
juga boleh menjerumus kita ke kancah perjudian kerana ada segelintir remaja yang
bertaruh dengan meletakkan syarat dalam permainan iaitu “Siapa Kalah Dia
Bayar”.
Aku ada membaca satu artikel dari Hmetro
dan aku tertarik untuk mengulas sedikit daripada apa yang di
perkatakan. Bagi aku bukan futsal saja yang kadang-kadang
segelintir remaja
ini bertaruh sedemikian, malah ada lagi sukan yang membuatkan
mereka seperti keadaan di atas.
Biasanya sukan yang berunsur
“Siapa Kalah Dia Bayar” adalah dari jenis sukan yang mana gelanggang sukan itu perlu di
sewa untuk bermain. Sebagai contoh, Futsal, Badminton,
Snooker, Bowling, dan lain-lain acara sukan yang menggunakan
gelanggang.
KUALA LUMPUR: “Niat bertaruh futsal, ‘siapa kalah dia bayar’ adalah haram di sisi agama Islam kerana ia ibarat satu perjudian,” kata penceramah bebas, Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz mengulas sikap remaja masa kini yang gemar menjadikan sukan futsal sebagai aktiviti perjudian mereka.Kata Hassan, sukan futsal yang pada awalnya bermanfaat kerana menyihatkan badan namun sikap segelintir remaja yang gemar bertaruh futsal ‘siapa kalah dia bayar’ menyebabkan jatuhnya hukum haram dan berdosa.Menurutnya, jika sesuatu permainan itu membabitkan pertaruhan ia salah di sisi agama kerana ia mengandungi unsur perjudian namun jika pemenangnya diberikan hadiah yang ditaja pihak penganjur ia diharuskan.“Begitu juga dengan program Imam Muda, pemenangnya akan menerima hadiah kemenangan yang ditaja manakala yang kalah pula tidak kerugian apa-apa kerana tidak bertaruh atau membayar sejumlah wang untuk menyertai.“Hari ini kita melihat ramai anak muda gemar bertaruh futsal, yang kalah terpaksa membayar sejumlah wang, yang menang bergembira, maka jatuh hukumnya haram dan berdosa,” katanya.
Aku harap kita sentiasalah beringat
supaya kita tidak terjerumus ke dalam arena perjudian ini yang mana pada
awalnya adalah satu sukan yang baik untuk kesihatan.
No comments:
Post a Comment