Bila kita
sebut tentang cinta pasti ada
yang suka dan ada yang tidak suka. Cinta antara 2 orang juga
adakalanya panjang dan juga pendek. Panjang dan pendek di sini adalah
saat mereka bercinta sebelum sampai pelamin.
Bagi yang bercinta dengan tempoh masa
yang pendek sudah semestinya mereka sentiasa melalui hari yang begitu bahagia
semasa bercinta, tidak ada pergaduhan besar, perselisihan faham dan
macam-macam lagi yang boleh mengundang keretakan hubungan cinta itu. Tapi
bagi mereka yang bercinta dalam tempoh masa yang panjang, sudah
semestinya mereka akan melalui pelbagai suka duka bersama sebelum sampai
ke pelamin.
Bercinta dalam tempoh masa yang panjang
memerlukan kesabaran
yang tinggi bagi memuaskan hati pasangan masing-masing tidak kira sama
ada lelaki
mahu pun wanita.
Ada juga sesetengah wanita yang tidak tahan dengan
bercinta terlalu lama ini dan sebaliknya. Jadi pihak lelaki/wanita haruslah
mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
Di sini aku ingin senaraikan perkara
yang mungkin anda semua boleh lakukan sekiranya tiba-tiba hilangnya perasaan cinta itu terhadap
pasangan masing-masing:
- Kenanglah kisah yang bahagia antara anda berdua.
- Renunglah gambar anda berdua supaya dapat mengingatkan kembali kisah yang bahagia.
- Fikirkanlah perngorbanan yang si dia lakukan.
- Berfikirlah semula sebelum membuat keputusan yang tidak betul.
- Berilah kesempatan kepada dia untuk menyatakan sesuatu kepada anda yang selama ini anda mungkin tidak tahu.
- Berdoalah kepada yang Maha Esa untuk di bukakan hati anda dan dia.
Inilah yang mungkin anda lakukan
sekiranya anda berada pada situasi ini.
#dipetik dari cerita cinta
No comments:
Post a Comment