Pada
suatu pagi, Imam Abu Hanifah yang ketika itu masih kanak-kanak telah
mendapati gurunya itu berada dalam keadaan dukacita. Beliau pun
bertanyakan sebabnya. Guru: Aku bermimpi melihat sebuah kebun yang
sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah.
Kemudian, muncul seekor babi
dari suatu penjuru kampung dan menyondol
serta memakan buah-buah pohon tersebut sehingga habis dedaun dan
buah-buah tersebut. Hanya tinggal batang kayu sahaja. Kemudian, muncul
pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu terus menerkam
babi itu dan membunuhnya.
Imam
Abu Hanifah: Allah Taala telah mengajarkan saya ilmu ta’bir mimpi. Saya
mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan
Guru izinkan, bolehlah saya ta’birkannya.
Guru:
Ta’birkanlah .Imam Abu Hanifah: Dusun luas yang terhias itu adalah
agama Islam. Pohon kayu yang berbuah itu ialah para ulama. Batang kayu
yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. Babi yang muncul itu ialah
si Atheis itu, manakala harimau itu yang membunuh babi tersebut ialah
saya sendiri.
Tuan Guru: Bagaimana pula kalau
orang tanya siapa kamu? Imam Abu Hanifah: Katakan saja saya ini budak
pembawa kasut tuan.
Berangkatlah,
saya akan turut menemani Tuan Guru. Dengan berkat hemat Tuan Guru dan
berkat hadrat Tuan Guru, saya akan patahkan hujahnya.
Tuan Guru
bergembira dengan kata-kata Imam Abu Hanifah itu, lalu bertolak bersama
ke Masjid Jami’. Kemudian, Khalifah tiba di samping orang ramai telah
berhimpun di sana.
Si Atheis itu datang dan terus
naik ke mimbar serta bertanya: Siapakah di kalangan kamu yang akan
menjawab soalan-soalanku?
Imam Abu Hanifah menjawab:
Nyatakan saja soalan kamu, orang yang tahu akan menjawabnya.
Antara 3 soalan yang didebatkan
ialah:
1) Apa yang ada sebelum Allah
ada? 2) Ke manakah Allah sedang menghadap sekarang? 3) Apakah yang
dilakukan Allah sekarang?
Apa yang ada sebelum
Allah?
Imam
Abu Hanifah: Tiada sesuatu sebelum Allah. Buktinya ada pada anggota
badanmu. Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu. Begitu
jugalah dengan Allah Taala. Tiada sesuatu sebelum-Nya dan tiada sesuatu
selepas-Nya.
Ke arah manakah Allah
sekarang menghadapkan wajahnya?
Jika
tuan menyalakan lampu pelita di dalam gelap malam, ke arah manakah
sinar lampu itu menghadap? Atheis : Sinarnya menghadap ke seluruh arah
dan penjuru. Abu Hanifah : Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma
buatan itu, bagaimana dengan Allah Ta’ala Pencipta langit dan bumi,
sebab Dia nur cahaya langit dan bumi.
Apakah yang dilakukan
oleh Allah sekarang?
Imam Abu Hanifah menjawab: Inilah yang Allah Taala lakukan sekarang. Dia menggugurkan yang batil seperti kamu dari atas ke bawah dan menaikkan yang benar seperti aku dari bawah ke atas.
No comments:
Post a Comment