Hari ini saya tertarik dengan 1 status
pada wall kawan
saya di facebook,
dimana dia membuat persoalan tentang bolehkah perempuan dibeli dengan wang? Susah untuk
difikir sama ada boleh atau tidak. Tetapi bagi saya memang boleh tetapi
bersyarat. Nak tahu sebab apa saya cakap boleh. Teruskan membaca.
Melalui komen-komen yang tertera pada
gambar di bawah, salah seorangnya adalah wanita sendiri. Mungkin ada
sesetengah perempuan
yang boleh di beli dengan duit. Saya rasa tak perlulah saya
bagi contoh sebab mesti anda semua sudah tahu perempuan jenis apa itu.
Tapi bagi saya memang semua perempuan di
beli dengan duit.
Ini hanya pendapat saya kerana jika lelaki tiada duit, bagaimana
dia nak menyara perempuan itu? Maksud saya disini adalah perempuan harus
di beli dari ibubapa mereka dimana tanggungjawab yang di pikul oleh
ibubapa terhadap si gadis ini berpindah tangan kepada seorang lelaki yang
bakal bergelar suami. Mungkin istilah “dibeli” yang saya gunakan itu
tidak sesuai yang mana ia sebenarnya bermaksud untuk melihat
tanggungjawab seseorang lelaki itu dalam melayari gerbang rumah tangga
dan melihat kesediaannya dalam
Melalui wang hantaran itulah menunjukkan
seseorang lelaki itu bersedia melaksanakan tugas dan sanggup memikul
tanggungjawab yang baru iaitu seorang isteri di sisinya.
p/s: saya minta maaf jika ada sesiapa
yang terasa atau tidak berpuas hati dengan pendapat aku ini. Jika ada
kritikan amat digalakkan.
No comments:
Post a Comment