Friday 30 November 2012

Akhirnya Palestin Diiktiraf Sebagai Sebuah Negara Oleh PBB (Gambar)

Beribu-ribu orang meraikan kejayaan apabila Palestin memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara selepas penantian selama 65 tahun. Sebelum ini, taraf negara Palestin ialah "non-member observer entity". Setelah memenangi undi di PBB, akhirnya Palestin dinaik taraf menjadi "non-member observer state"

Generasi muda Palestin pastinya akan mengingati tarikh penting berkenaan iaitu 29 November 2012. Kejayaan itu menjadi kenyataan biarpun sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat meningkatkan kempen agresif untuk menggagalkan undian Perhimpunan Agung.

Sebahagian besar perwakilan PBB mengundi mengiktiraf negara Palestin, satu kemenangan yang lama dicari rakyat Palestin dan merupakan kekalahan diplomatik memalukan bagi Amerika Syarikat. Sebelum ini, Palestin menolak cadangan supaya sebuah negara Yahudi dan Arab ditubuhkan selepas penjajahan British ke atas Palestin berakhir.


No comments:

Post a Comment